SIPITANG : Ketua Bahagian (Penaja) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob, hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama penaja bahagian berkenaan di Quang Square Sipitang.
Mesyuarat itu membincangkan beberapa perkara berkaitan gerak kerja dan penyelarasan organisasi bahagian dalam usaha memperkukuh peranan serta kesiapsiagaan jentera parti di peringkat Parlimen Sipitang.
Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mazlan@Joehari Manan; Naib Ketua, Datuk Ir. Mustapa Kassim; Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Pergerakan Pemuda, Agku Zaidi Pg Waharious aha Pergerakan Beliawanis, Nurfasiha Masri; Ketua Penerangan, Muanam Majato; Setiausaha Bahagian, Alfred@Dannil Stanley; dan Bendahari Bahagian, Lee Chun Kuang.
Mesyuarat berkenaan turut menjadi platform bagi menyelaras perancangan dan gerak kerja bahagian penaja bagi memastikan agenda serta aktiviti parti dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
