Klinik badminton cungkil bakat baharu diadakan di SK Rangalau, Kiulu

KOTA KINABALU: Pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi, terutama pelajar sekolah rendah sentiasa diperkasa di seluruh Sabah.

Ini termasuk inisiatif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Badminton Sabah (SBA) yang memfokuskan usaha kepada pencarian bakat baharu serta latihan asas yang betul.

Ke arah membantu merealisasikan misi murni itu, satu sesi klinik badminton telah diadakan di SK Rangalau Baru, Kiulu Tuaran baru-baru ini.

Klinik badminton untuk pelajar sekolah rendah itu dikendalikan oleh Cikgu Jimin Tibin yang juga AJK latihan dan kejurulatihan SBA.

Klinik badminton, anjuran unit sukan dan permainan KPM dengan kerjasama unit latihan dan kejurulatihan SBA, menyasarkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. 

Ia merupakan sebahagian daripada kokurikulum yang diluluskan oleh KPM. 

Program sehari itu dilancarkan oleh Guru Besar SK Rangalau Baru Pn. Salmah Haji Jamman.    

Menurut penyelaras program Encik Azlizan Bin Atin,  klinik badminton itu akan diteruskan pada masa akan datang. 

“Jika tiada aral melintang, Klinik badminton  fasa 2 akan diadakan pada bulan ogos nanti,” kata Azlizan.

Acara penutupan klinik badminton tersebut  disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK. Rangalau Baru Pn Sitinah Binti Malik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles