Penyelidik UMS Sahkan Penemuan Tumbuhan Misteri Di Tawau Sebagai Spesies Baharu

KOTA KINABALU:  Satu spesimen tumbuhan misteri yang ditemui di Taman Bukit Tawau pada 2014 akhirnya disahkan sebagai spesies baharu oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tersimpan tanpa identiti di herbarium selama 12 tahun sebelum status saingifiknya berjaya dirungkai.

Spesies baharu dikenali sebagai Ardisia condensiflora itu diterbitkan secara rasmi pada 26 Mei lepas dalam jurnal taksonomi botani antarabangsa, Phytotaxa (Vol. 758, No. 3).

Penemuan dan pengesahan spesies tersebut dilakukan oleh penyelidik Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), UMS, Dr. Avelinah Julius bersama Dr. Timothy M.A. Utteridge dari Singapore Botanic Gardens dan IBTP, UMS.

Menurut kenyataan dari IBTP, tumbuhan itu ditemukan di kawasan hutan dipterokarpa pamah campuran yang teduh serta di sepanjang tebing sungai dalam kawasan perlindungan Taman Bukit Tawau.

“Bagi mengesahkan status spesies itu, kajian taksonomi dan herbarium secara mendalam dijalankan menggunakan spesimen yang dipinjamkan daripada Herbarium Taman Sabah.

“Proses tersebut sekali gus membuktikan kepentingan koleksi herbarium dan kerjasama institusi secara berterusan dalam usaha merekodkan biodiversiti yang masih tersembunyi,” menurut kenyataan itu.

Hasil kajian mendapati Ardisia condensiflora setakat ini hanya ditemui di Taman Bukit Tawau, sekali gus menjadikannya spesies endemik Sabah.

Berdasarkan hanya dua rekod koleksi yang ditemui, spesies nadir itu dinilai secara awal sebagai Rentan (Vulnerable – VU D2) mengikut kriteria Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) berikutan taburan habitat yang sangat terhad, namun belum menerima penyenaraian rasmi badan berkenaan.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata hutan Sabah kekal menjadi antara “makmal hidup” paling berharga di dunia.

“Penemuan seperti ini membuktikan masih banyak lagi yang perlu diterokai, didokumentasikan dan dilindungi,” katanya.

Dr. Avelinah pula berkata penemuan tersebut menjadi peringatan bahawa Borneo masih menyimpan banyak spesies yang belum direkodkan oleh sains.

“Penerokaan saintifik, penyelidikan herbarium dan usaha pemuliharaan berterusan amat penting bagi memastikan spesies-spesies ini tidak pupus sebelum sempat dikenali,” katanya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan penerbitan berkenaan merupakan antara hasil kerjasama melalui Surat Niat (LoI) antara UMS dan Singapore Botanic Gardens serta sokongan penyelidikan berterusan daripada Taman Sabah menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama IBTP, UMS.

Untuk rekod, sejak 2017, Dr. Avelinah telah menyumbang kepada penemuan dan pengesahan sekurang-kurangnya lima spesies baharu Ardisia di rantau ini.

*PENERANGAN GAMBAR:*

*Gambar 1:* Dr. Avelinah telah menyumbang kepada penemuan dan pengesahan sekurang-kurangnya lima spesies baharu Ardisia di rantau ini.

*Gambar 2:* Spesies baharu dikenali sebagai Ardisia condensiflora ditemui di Taman Bukit Tawau pada tahun 2014

*Gambar 3:* Dr. Timothy M.A. Utteridge dari Singapore Botanic Gardens turut terlibat dalam usaha pengesahan penemuan saintifik Ardisia condensiflora 

———————————–

*UMS Researchers Confirm Discovery of Mysterious Plant in Tawau as New Plant Species*

*KOTA KINABALU –* A mysterious plant specimen discovered at Tawau Hills Park in 2014 has finally been confirmed as a new plant species by researchers from Universiti Malaysia Sabah (UMS) after remaining unidentified in a herbarium collection for 12 years.

The newly identified species, Ardisia condensiflora, was officially published on May 26 in one of the world’s leading renowned botanical taxonomy journal, Phytotaxa (Vol. 758, No. 3).

The species was discovered and confirmed by researchers from the Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC), UMS, Dr Avelinah Julius and Dr Timothy M.A. Utteridge from the Singapore Botanic Gardens and ITBC, UMS.

According to a statement by ITBC, the plant grows in shaded lowland MIXED dipterocarp forests and along riverbanks within the protected area of Tawau Hills Park.

“To confirm its status, detailed taxonomic and herbarium studies were carried out using specimens on loan from the Sabah Parks Herbarium.

“The process underlines the importance of herbarium collections and sustained institutional collaboration in bringing hidden biodiversity to light,” the statement said.

The studies found Ardisia condensiflora to be known only from Tawau Hills Park, making it endemic to Sabah. 

Based on only two recorded collections, the species is considered rare and has been preliminarily assessed by the authors as Vulnerable (VU D2) under the International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List criteria due to its highly restricted habitat range, although it has yet to receive a formal IUCN listing.

Meanwhile, UMS Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Kasim Hj. Mansor said Sabah’s forests remain among the world’s most valuable “living laboratories”.

“Discoveries like this prove that there is still much to explore, document and protect,” he said.

Dr Avelinah said the discovery serves as a reminder that Borneo still harbours many species yet to be documented by science.

“Scientific exploration, herbarium research and continuous conservation efforts are essential to ensure these species do not lost before they are even known to science,” she said.

The statement added that the publication was among the outcomes of a collaboration formalized through a Letter of Intent (LoI) between UMS and the Singapore Botanic Gardens, as well as ongoing research support from Sabah Parks through a Memorandum of Understanding (MoU) with ITBC, UMS.

Since 2017, Dr Avelinah has contributed to the discovery and confirmation of at least five new Ardisia species from the region.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles