KOTA KINABALU: Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah Suhaimi bin Abdullah melakar detik manis dalam penglibatannya dalam arena sukan apabila menerima Anugerah Kebesaran Dan Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman ke-75 baru-baru ini.
Beliau merupakan antara penerima anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) tahun ini.
Suhaimi yang berkecimpung lebih sedekad dalam dunia sepak takraw, dikenali sebagai antara barisan kepimpinan persatuan yang berprinsip dan komited untuk melihat sukan takraw di negeri ini terus berkembang, termasuk di peringkat akar umbi.
Suhaimi, yang juga guru besar sekolah, menzahirkan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan tersebut.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada TYT atas penganugerahan ini.
“Ini adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada kesemua barisan pimpinan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah yang juga turut sama menerima anugerah kebesaran negeri Sabah kali ini,” katanya dalam catatan di media sosiai.
Turut menerima bintang kebesaran negeri Sabah ialah Tuan Hj. Awang Dullah Naib Presiden Sepak Takraw Negeri Sabah (ASDK) Ir Ts. Azwan Abdullah, Timbalan Presiden (BSK), Akhbar Hamdan
Ahli Majlis Tertinggi (BSK) dan Idi bin Ladinda, Ahli Majlis Tertinggi (BSK).
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan tinggi daripada Kerajaan Negeri Sabah terhadap pencapaian luar biasa Negeri Sabah dalam sukan sepak takraw, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
