Lebih 170,000 Rakyat Sabah Masih Menganggur, Statistik Dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia – Mohd Shafie

KOTA KINABALU : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bertindak segera untuk menyelesaikan peningkatan kadar pengangguran mencecah 7.9 peratus pada suku ketiga 2024 di negeri ini.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kadar pengangguran ini merupakan yang tertinggi di Malaysia menurut statistik dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katanya, ini bermakna lebih 170,000 rakyat Sabah masih menganggur manakala jumlah ini meningkat berbanding 7.5 peratus pada tahun 2023.

ā€œJika ekonomi benar-benar berkembang seperti yang didakwa GRS, mengapa masih ramai yang tidak mendapat pekerjaan?

ā€œMereka yang bernasib baik mendapat pekerjaan pula tetapi masih terperangkap dalam kadar gaji rendah. Separuh daripada pekerja Sabah masih memperoleh gaji kurang daripada RM2,000 sebulan,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shafie merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, kerajaan GRS kelihatan hampir setiap hari membuat pengumuman besar serta janji manis kepada rakyat namun realiti di lapangan sangat berbeza.

ā€œWalaupun berbillion ringgit diumumkan, kehidupan rakyat biasa di Sabah tidak berubah atau semakin merosot.

ā€œKerajaan Sabah begitu berbangga dengan belanjawan negeri terbesar dalam sejarah iaitu RM6.4 bilion untuk tahun 2025. Namun, pencapaian ini sebenarnya bergantung kepada andaian yang tidak kukuh,ā€ jelas Mohd Shafie.

Mwnurutnya, lebih 40 peratus hasil negeri dijangka datang daripada minyak dan gas berdasarkan unjuran optimistik iaitu USD76 setong.

ā€œTetapi harga semasa minyak hanya sekitar USD60 setong dan sekiranya harga ini kekal rendah, Sabah berisiko kekurangan hasil berjumlah ratusan juta ringgit,ā€ kata Mohd Shafie.

Beliau berkata, ini boleh menghapuskan lebihan belanjawan yang diunjurkan sebanyak RM24 juta serta mendorong belanjawan negeri ke arah defisit.

ā€œApakah pelan GRS sekiranya harga minyak kekal rendah? Apakah pelan kontingensi mereka untuk memastikan dana pembangunan terus disalurkan kepada sekolah, klinik dan jalan raya di kawasan luar bandar?

ā€œSabah masih merupakan negeri termiskin di Malaysia. Lapan daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara berada di Sabah,ā€ tambahnya.

Menurutnya, kerajaan GRS lebih gemar berbelanja mewah untuk majlis pelancaran besar, upacara perasmian serta pengumuman projek.

ā€œJutaan ringgit dibazirkan untuk khemah, cenderamata, cabutan bertuah serta hiburan semata-mata untuk menarik kehadiran ramai bagi menunjukkan kononnya mereka popular.

ā€œMengapa begitu banyak juta ringgit dibelanjakan untuk gimik publisiti, papan tanda mewah dan video media sosial, sedangkan jalan raya kita rosak terukā€ katanya.

Beliau menambah, ketika ini bekalan elektrik sering terganggu disamping rakyat terus menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles