Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Terdapat gerakan radikal bermotif politik di daerah Tongod sedang bergiat aktif meracuni keyakinan orang ramai supaya membenci kewujudan kilang simen di Kampung Kawayoi, di sini.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut, Willy Frous Darinsok, kumpulan kecil berhaluan kiri itu sedang giat mempengaruhi orang ramai supaya mengagalkan penubuhan kilang yang kini sedang dalam proses pembinaan.
Katanya, bekas Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Johnny Intang merupakan mentor bertanggungjawab mengetuai dalang yang berniat jahat itu.
Katanya, Johnny yang kini sedang melobi semula sebagai calon untuk sebuah parti politik menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN) ke-17 menggunakan modius operadi negetif supaya orang ramai bersekongkol dengan hasrat beliau.
” Kita faham tindakan beliau menanamkan kebencian kepada orang ramai didorong rasa dengki dan cemburu terhadap kewujudkan kilang simen itu yang diilhamkan oleh Wakil Rakyat sekarang Datuk Masiung Banah.
” Orang ramai terutama tinggal berdekatan di kawasam zon perindustrian kilang itu diingatkan berhati-hati dengan kumpulan radikal politik ini yang berniat jahat meracuni fikiran rakyat, ” tegas Darinsok.
Kilang simen bernilai RM1.2 bilion yang menawarkan lebih 1,000 pekerja itu akan membina jalan raya dari Kampung Kayawoi yang melibatkan beberapa buah perkampungan ke jalan utama di Kampung Matiku, Nabawan.
Manakala, bekalan elektrik dan air melibatkan penduduk sekitar akan dibina serentak dengan menara telekomunikasi selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Sementara itu, seorang aktivis masyarakat dan bekas guru, Kim Linupas menyifatkan tindakan Johnny mendalangi industri simen itu umpama mencentas rezeki penduduk berdekatan kilang simen tersebut
Linupas yang tinggal di Kampung Inarad, dalam zon kilang simen, menegaskan agenda bekas Wakil Rakyat berkenaan bertentangan dengan kehendak penduduk setempat.
” Kami sudah lama menanti kewujudan projek ekonomi rakyat itu, sekurang-kurangnya adalah tempat anak-anak kami bekerja, penduduk kampung juga akan mendapat peluang berniaga runcit bila kilang beroperasi sepenuhnya.
” Dalam masa sama penduduk juga turut menikmati limpahan imprastruktur seperti jalan raya, elektrik, air dan internet yang bakal dibina oleh kilang berkenaan. ” tegasnya.
Menurut Linupas, pada masa ini sudah ramai anak-anak muda setempat bekerja dengan kontraktor membina tapak kilang tersebut.
Seorang penduduk di Kampung Penangah dalam zon perindustrian kilang simen, Muariffidin Chua, pula menyifatkan, agenda Johnny memperlekehkan projek kerajaan negeri itu umpama menepuk air di dulang akhirnya terpecik ke muka sendiri.
Katanya, para pemikir kerajaan negeri dan pelabur tidak begitu bodoh membina kilang di kawasan luar bandar melainkan setelah membuat perancangan yang matang terlebih dahulu.
” Tidak salah beliau melobi untuk menjadi calon dengan mana-mana parti politik, tapi
janganlah menabur fitnah, kononya wujud pembalakan haram dalam zon perindustrian kilang dan pelabur kilang telah menarik diri.
” Macam mana mau jadi calon awal-awal lagi sudah pandai berbohong dan membuat fitnah, ” katanya.
Menurut Muariffidin, Johnny dan kumpulanya boleh membuat aduan dengan polis atau Jabatan Perhutanan jika wujud pembalakan haram di kawasan zon perindustrian kilang simen.
Beliau menggesa bekas Wakil Rakyat itu supaya jangan berbohong dan menabur fitnah, sebaliknya dia (Johnny) dicabar tampil di gelanggang pilihanraya nanti.