USIA struktur semula pelan strategik pendidikan dan pembangunan dakwah di Sabah – Sapawi

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) merancang untuk menstrukturkan semula beberapa langkah berkaitan pendidikan dan pembangunan dakwah di negeri ini di bawah Pelan Strategik Pembugaran USIA.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata langkah itu akan melibatkan penstrukturan semula di peringkat pusat, zon dan bahagian-bahagian USIA.

Beliau berkata USIA turut melaksanakan penjenamaan program di bahagian dakwah, termasuk kemungkinan mewujudkan jawatan Pengarah Dakwah Pusat.

Sapawi berkata ia bertujuan meningkatkan keberkesaanan kegiatan dakwah di Sabah.

Katanya di bawah pelan strategik pembugaran USIA, pertubuhan itu bertekad untuk menubuhkan Yayasan pada tahun ini yang memberi fokus kepada aspek pemantapan dakwah, kemasyarakatan dan pendidikan.

“Nama yayasan ini kita putuskan kemudian selepas perinciannya diteliti dan dipersetujui,” katanya.

Sapawi berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Bengkel Pelan Strategik Pembugaran USIA 2.0 di SICC hari ini.

Menurutnya, terdapat enam pelan strategik pembugaran USIA yang menjadi kerangka utama untuk memperkasakan peranan USIA.

Katanya ini termasuk pembangunan semula bangunan USIA, penubuhan pusat pembangunan komuniti USIA dan pembugaran inisiatif dakwah dan pendidikan USIA.

Sapawi berkata turut diberi perhatian ialah penjanaan dan peningkatan ekonomi, pewujudan sistem pengurusan dan pangkalan data digital dan pemerkasaan pusat latihan USIA.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles