KUSKOP laksana empat program utama pembangunan keusahawanan halal

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan empat program utama pembangunan keusahawanan halal di negara ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program-program itu ialah Pembangunan Kapasiti Produk Halal, Program Inovasi dan Teknologi Halal, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal dan Program Pembangunan Kapasiti Ushawan Industri Halal.

Beliau berkata, sebanyak RM2 juta peruntukan disediakan untuk Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal, Program Inovasi dan Teknologi Halal pula sebanyak RM5 juta, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal sebanyak RM5 juta dan Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal disediakan peruntukan berjumlah RM1 juta.

“Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal bertujuan membantu usahawan yang memiliki pensijilan halal meningkatkan produk dan perkhidmatan halal daripada aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

“Melalui program ini, dijangka 65 usahawan akan menerima bantuan geran pembiayaan bernilai sehingga RM30,000 bagi menampug kos pembangunan jenama produk, penyediaan prototaip dan menaiktaraf rekabentuk pembungkusan dan pelabelan setiap produk usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi (Kuala Langat-PN)

Ewon berkata bagi Program Inovasi dan Teknologi Halal pula sebanyak RM5 juta peruntukan disediakan bagi membantu usahawan yang memiliki pensijilan halal meningkatkan keberhasilan produk dan perkhidmatan berteraskan inovasi dan teknologi.

“Program ini dijangka akan memberi manfaat seramai 25 orang dengan geran pembiayaan sehingga RM200,000 bagi setiap usahawan,” katanya.

Beliau berkata, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal, sebanyak RM5 juta peruntukan disediakan bagi menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal Malaysia di pasaran antarabangsa.

“Melalui program ini seramai 200 usahawan dijangka akan dibantu dengan membiayai kos penyertaan usahawan dalam pameran dan ekspo perdagangan antarabangsa,” katanya.

Progam Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal dengan peruntukan berjumlah RM1 juta pada tahun 2024 bertujuan menyediakan bantuan pematuhan pensijilan halal kepada usahawan./

Di bawah program ini, usahawan yang layak akan ditawarkan bantuan geran pembiayaan sehingga RM10,000 bagi9 menampung kos pematuhan syarat pensijilan halal.

Melalui program ini KUSKOP telah menganjurkan beberapa siri Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sabah dan Pahang dan seramai 445 usahawan telah menerima manfaat daripada penganjuran bengkel ini.

Sehingga 30 September 2024, semua uahawan tersebut telah menerima bantuan geran pembiayaan berjumlah RM615,000.

Di samping itu KUSKOP juga telah mengadakan kerjasama dengan Syarikat Grab Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui program Halal On Track (HOT) serta Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara bagi meningkatkan pemilikan sijil halal dalam kalangan PMKS tempatan.

Sementara itu, KUSKOP melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) meluaskan pasaran sehingga ke peringkat global.

Ewon berkata, program-program itu ialah Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan Program Rantaian Glokal (GLoSMEP), Program Business Exports Program (BEP), Program Antarabangsa Usahawan Halal, Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport (Enhanced Franchise Development Program – EFDP) dan Program Jaguh Serantau oleh SME Bank.

Beliau berkata program itu dilaksanakan oleh KUSKOP dan agensi-agensi di bawah kementeriannya iaitu SME Bank dan SME Corp.

“Program galakan eksport di bawah SME Corp seperti GEB, bagi tahun 2024, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 247 PMKS mendapat manfaat di bawah Program GEB melibatkan 10 usahawan diluluskan geran bernilai RM1.51 juta dan 237 usahawan menerima manfaat latihan berkaitan eksport.

“Manakala melalui Program GLoSMEP, pada tahun 2024, seramai 260 PMKS tempatan menyertai 373 sesi pemadanan perniagaan yang diatur bersama pelbagai syarikat anchor dengan potensi jualan berjumlah RM42.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Richard Rapu (Betong-GPS), pada sesi soalan lisan, persidangan Dewan Rakyat.

Ewon berkata, bagi program BEP di bawah SME Bank yang menawarkan latihan bimbingan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara, sehingga September 2024, sebanyak 82 usahawan PKS Bumiputera telah menyertai program BEP dengan peruntukan berjumlah RM15.75 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 35 syarikat menembusi pasaran baharu di luar negara dengan jumlah keseluruhan jualan eksport sebanyak RM191.92 juta,” katanya.

Beliau berkata, Program Antarabangsa Usahawan Halal pula menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal tempatan ke pasaran antarabangsa.

“Pada tahun 2024, sebanyak 9 misi pengembangan perniagaan usahawan halal dilaksanakan melibatkan seramai 143 usahawan dengan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM255.4 juta,” katanya.

Katanya lagi, bagi program EFDP pula, ia menggalakkan pengukuhan dan pengembangan francais tempatan di luar negara.

“Pada tahun 2024, sebanyak 9 misi perdagangan dan program antarabangsa usahawan francais di bawah EFDP telah dilaksanakan melibatkan seramai 27 usahawan francais dengan merekodkan potensi nilai jualan RM968 juta.

Ewon berkata, SME Bank juga melaksanakan Program Jaguh Serantau bagi membiayaai PMKS Bumiputera menerokai pasaran serantau.

“Sehingga Oktober 2024, sebanyak 19 syarikat menerima pembiayaan berjumlah RM173.24 juta,” katanya.

Katanya, antara cabaran global yang terkait dengan pengembangan perniagaan adalah penerapan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang harus dilaksanakan oleh PKS tempatan bagi memenuhi kriteria ditetapkan untuk memasuki pasaran antarabangsa.

“Dalam hubungan ini, KUSKOP melalui SME Corp. telah membangunkan dokumen Panduan Pantas ESG untuk PMKS sebagai rujukan asas kepada PMKS untuk memudah cara penerapan amalan ESG dalam operasi perniagaan mereka.

“SME Corp. juga sedang giat melaksanakan Program PKSlestari untuk menggalakkan dan mempercepat penerapan ESG dalam kalangan PMKS.

“Selain PKSlestari, mulai tahun 2024, Program Business Accelerator (BAP) telah diperluaskan skop bantuannya untuk turut meliputi penerapan elemen ESG dalam perniagaan seperti pembungkusan produk serta pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan pengurusan sisa buangan bagi menggalakkan PMKS mengamalkan ESG dalam operasi perniagaan mereka,” katanya,” katanya.

Ewon berkata, KUSKOP juga menyediakan bantuan dan program keusahawanan melalui pelbagai aspek.

Antaranya skim pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. dan Pernas.

“Sehingga September 2024, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.45 bilion kepada seramai 265,325 usahawan,” katanya.

Katanya lagi, bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS, SME Corp melaksanakan program pembangunan PMKS secara bersepadu dan bersasar.

Beliau berkata, sehingga Oktober 2024, sejumlah 472 PMKS mendapat manfaat daripada Program Business Accelerator (BAP) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM86.08 juta.

“Bagi menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah INSKEN, Program Bimbingan Bisnes Bumiputera (IBBC), Program Bimbingan Keuntungan Menu (ME) dan Kursus Urus Tunai (KUT) melibatkan seramai 8,308 usahawan sehingga 30 September 2024.

“Melaksanakan program galakan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara.

“Misi pengembangan perdagangan merangkumi usahawan francais, halal dan vendor melibatkan sebanyak 14 program antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2024 yang melibatkan seramai 254 usahawan dan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM1.4 bilion,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles