Sudah Tiba Masa Mahkamah Anak NegeriSabah dinaiktaraf – Anak Negeri

PENAMPANG: Mahkamah Anak Negeri adalah unik di Sabah. Komposisi berbilang kaum dan ritual etniknya yang pelbagai melahirkan institusi Mahkamah Anak Negeri untuk mendengar dan menyelesaikan kes yang melibatkan tradisi dan adat resam orang asal.

Advertisements

Dr Edwin Bosi yang merupakan Penyelaras Parti Anak Negeri bagi Pantai Barat berkata, seperti ramai yang lain, beliau ingin melihat kenaikan taraf Mahkamah Anak Negeri agar setanding dengan institusi Mahkamah Sivil dan Syariah.

Mahkamah Anak Negeri Sabah diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mendengar kes kesalahan kecil dan menghukum dengan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih dua ratus ringgit atau kedua-duanya.

Dr Bosi berkata MahkamahAnak Negeri mempunyai peruntukan yang unik. Ianya boleh mengenakan penalti biasa yang dikenali sebagai “sogit”. Ini adalah upacara mengorbankan haiwan seperti kerbau, ayam atau babi diikuti dengan upacara untuk menenangkan roh.

Dr Bosi yang juga bekas ADUN Kapayan berkata hasrat untuk melihat Mahkamah Anak Negeri yang lebih tinggi harus menjadi kenyataan. Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri yang bernilai berjuta-juta ringgit telah dibina di Kg Pogun Kibabaig Penampang dan seharusnya mula beroperasi pada 2hb April 2020.

Aktiviti utama Institut Latihan tersebut adalah untuk membina kecekapan dan memberi pengetahuan serta kemahiran kepada Ketua2 Adat dan kakitangan perkeranian Mahkamah Anak Negeri untuk bertindak sebagai sumber atau pusat rujukan undang-undang adat dan juga memberi khidmat nasihat kepada Ketua2 Adat termasuk Ketua Kampung.

Malangnya, Institut Latihan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah gagal dengan teruk.

Dr Bosi berkata beliau mengetahui bahawa Institut tersebut pernah digunakan untuk mengkuarantin pesakit covid19. Hari ini Institut berada dalam keadaan rosak teruk.

Saya diberitahu bahawa beberapa bilik telah diubah menjadi kedai. Terdapat juga burung mati yang reput dipercayai berpunca daripada terhempas di tingkap kaca.

Dr Bosi berkata dengan keadaan bangunan itu dan persekitarannya yang sedemikian, beliau yakin mungkin tiada pegawai dan kakitangan yang bekerja di bangunan itu. Rumah pengawal pun tiada pengawal. Saya tidak mahu berfikir bahawa Institut Latihan tersebut telah menjadi gajah putih, tambahnya.

Dr Bosi berkata landasan politik beliau dalam Parti Anak Negeri adalah “Batu Sumpah Keningau”. Malaysia tidak mungkin dapat diwujudkan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak bersetuju dengan tiga jaminan yang dituntut oleh pemimpin Anak Negeri di Pedalaman.

Jaminan tersebut adalah kebebasan beragama, tanah di bawah kerajaan Sabah dan penghormatan dan pemeliharaan undang-undang tradisi dan adat asli.

Saya ingin mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Sumpah dibentuk segera untuk menentukan sama ada aspirasi masyarakat Anak Negeri mengenai tiga jaminan tersebut telah dipenuhi, tambahnya.

Menurut Dr Bosi, jaminan ketiga Batu Sumpah mempunyai kaitan dengan Mahkamah Anak Negeri Sabah.

Saya berharap kerajaan akan melihat secara serius status Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri.

Lagipun, Institut Latihan ini sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk Mahkamah Anak Negeri supaya setanding dengan sistem Mahkamah Sivil dan Syariah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles