Aspek keselamatan, keindahan alam semula jadi antara faktor peningkatan kedatangan pelancong asing ke TMTS

SEMPORNA : Faktor keselamatan, keindahan alam semula jadi serta penyediaan fasiliti lengkap merupakan antara penyumbang utama terhadap peningkatan statistik kehadiran pelancong asing berkunjung ke Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) Semporna.

Pengurusnya, Ghazalie Pg. Hindi berkata, statistik menunjukkan iaitu seramai 109, 012 orang pelancong berkunjung pada tahun 2022 iaitu membabitkan 102,233 merupakan warganegara Malaysia manakala 6,779 adalah pelancong luar negara.

Katanya, pada tahun lalu jumlah pelancong dilaporkan menurun kepada 80,485 orang iaitu seramai 38,554 merupakan pelancong tempatan manakala 41,931 adalah pelancong asing.

“Pada tahun ini, seramai 68,319 pelancong berjaya direkodkan bermula bulan Januari sehingga Ogos dikenal pasti melawat TMTS iaitu membabitkan pecahan seramai 15,223 pelancong tempatan manakala peningkatan mendadak seramai 53,096 pelancong asing.

“TMTS menyediakan Pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan pulau Bohey Dulang manakala terdapat juga Pos Kawalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan Pulau Sibuan dan Mantabuan,” katanya kepada Sabah News Today di sini hari ini.

Ghazalie berkata, kenaikan mendadak pada tahun 2022 adalah merupakan selepas pasca Covid-19 sekali gus mendorong pelancong tempatan melawat kawasan sekitar TMTS.

“Jumlah kehadiran pelancong asing kembali meningkat melawat TMTS iaitu seramai 41,931 orang pada 2023 manakala 53,096 pelancong luar negara direkodkan pada bulan Januari hingga Ogos tahun ini menunjukkan TMTS merupakan lokasi popular menjadi pilihan utama mereka,” jelas Ghazalie.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles