Kenyataan PKR Sabah nafi halang hubungan Warisan-UMNO sebagai luar biasa – Jeffrey Nor

KUALA LUMPUR : Kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah semalam, menyifatkan tuduhan mengatakan mereka menjadi penghalang kepada kerjasama Parti Warisan dan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) adalah disifatkan sebagai luar biasa.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, secara umum mengetahui Pakatan Harapan (PH) Sabah lebih fokus serta cenderung kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun kenyataan ini keluar menunjukkan sedikit memperlihatkan strategik politik merupakan perkara yang sangat penting.

Menururnya, PKR juga ketika ini kemungkinan besar sedang memikirkan tentang bagaimanakah cara untuk mendapatkan kerusi sekali gus menang dalam PRN17.

“Kita semua tahu sentiment Sabah for Sabahan serta local party first ini adalah sentiment atau naratif kempen akan digunakan oleh pihak lawan sewaktu berkempen di PRN17 Sabah nanti.

“Mungkin sentiment ini agak sensitif kepada rakyat negeri Sabah kali ini….Tetapi kena faham bahawa kita juga memikirkan strategi yang sama dan ia lebih bersifat kenegerian dan juga bersifat nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeffrey Nor mengulas kenyataan media mendakwa PKR Sabah menyifatkan tuduhan yang mengatakan parti itu menjadi penghalang kepada kerjasama Parti Warisan dan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) sebagai tidak berasas.

Dalam kenyataan tersebut sumber PKR Sabah memberitahu, perkara itu tidak benar, selain sengaja direka pihak tertentu untuk melaga-lagakan parti dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan Warisan juga adalah sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan persekutuan.

Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, ini sudah tentu campuran parti tempatan dan nasional sangat penting dalam strategi politik.

“Sudah tentu kita juga akan memikirkan mana lparti tempatan yang kuat untuk kita bersama-sama bergabung sekali gus senang bekerjasama dan lebih dipercayai.

“Kita tidak peduli adakah selama ini kita berlawan atau kita sudah boleh berkawan sekarang adalah bertujuan demi kepentingan rakyat negeri Sabah secara keseluruhannya.

“Sudah tentu strategi politik untuk memenangi dalam PRN17 adalah perkara yang sangat penting serta perlu menjadi keutamaan,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, beliau berpendapat kenyataan PKR ini cukup menarik kemungkinan besar sudah ada unsur-unsur pemikiran yang sama dengan UMNO Sabah fikirkan pada masa sekarang.

“Sudah tentu kami ingin kembali memerintah negeri Sabah, seperti mana yang dinyatakan oleh ucapan Presiden parti di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

“Kita yakin kepimpinan UMNO Sabah mula memikirkan bagaimana strategi yang ampuh untuk kembali menjadi dominan di negeri Sabah secara lebih fokus selepas PRN17 nanti.

“Kenyataan PKR ini, saya secara peribadi sangat menyokong dan percaya ia adalah merupakan kenyataan jujur daripada pihak PKR,” kata Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles