𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛: 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝟯𝗥

Kenyataan Media Datuk Peto Galim, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Sabah

KOTA KINABALU: Saya mengecam sekeras-kerasnya ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang menyentuh agama Kristian, paderi, biarawati serta kitab Bible (Alkitab) dengan cara yang tidak wajar.

Perbuatan tersebut bukan sahaja kurang ajar dan miskin adab, malah langsung tidak sensitif terhadap masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan. Ia tidak mencerminkan kematangan yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Insiden ini juga merupakan contoh jelas bagaimana kesombongan (arrogance) individu apabila dicampur dengan politik perkauman dan agama yang keterlaluan, akhirnya menyebabkan seseorang hilang rasa hormat terhadap penganut agama lain.

Jangan apabila masyarakat sudah marah dan mengecam, barulah masing-masing mahu memberi penjelasan, atau memohon maaf. Bukan sudah terhantuk baru tengadah. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Agama bukan bahan jenaka politik. Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang dibina selama ini tidak boleh diperjudikan hanya kerana mahu mendapatkan sorakan atau laba politik sementara.

Sehubungan itu, KEADILAN Sabah akan membuat laporan polis berhubung insiden ini dan menggesa pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan. Tindakan selaras peruntukan undang-undang wajar diambil agar insiden sebegini tidak berulang lagi di masa hadapan.

7

Related Articles

253FansLike

Latest Articles