KOTA BELUD: Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Gundohing Jack Giau, menyatakan rasa kesal dan mengecam sebarang ucapan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Kristian, termasuk penggunaan unsur kitab suci serta pemimpin agama sebagai bahan jenaka.
Ucapan yang dirujuk melibatkan Datuk Noorazli Said, Ketua UMNO Bahagian Sepang. PERPADUAN berpandangan bahawa kebebasan bersuara dan berjenaka dalam ruang politik hendaklah disertai tanggungjawab, kematangan serta rasa hormat terhadap kepercayaan semua rakyat Malaysia.
Sekiranya kandungan ucapan tersebut benar-benar merendahkan agama Kristian atau martabat paderi dan sister, PERPADUAN menganggap perkara itu amat tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila disampaikan oleh seorang pemimpin politik di hadapan khalayak ramai.
Namun begitu, PERPADUAN menegaskan bahawa penilaian hendaklah dibuat berdasarkan rakaman penuh, konteks sebenar dan fakta yang sahih.
PERPADUAN menegaskan bahawa paderi, sister, pastor, pendeta, imam, ustaz dan semua pemimpin agama hendaklah dihormati.
Kesalahan atau perlakuan seseorang individu, jika benar berlaku, tidak boleh dijadikan alasan untuk melabel seluruh penganut sesuatu agama sebagai tidak bermoral.
PERPADUAN turut menegaskan bahawa prinsip keadilan mesti terpakai kepada semua.
“Jika penggunaan kitab suci atau pemimpin agama Islam sebagai bahan jenaka yang menghina tidak boleh diterima, maka perkara yang sama juga harus terpakai apabila agama Kristian atau mana-mana agama lain dijadikan bahan penghinaan,” katanya.
Dalam masa yang sama, PERPADUAN mengambil maklum bahawa pihak yang dikaitkan dengan ucapan tersebut dilaporkan telah menafikan niat untuk menghina mana-mana agama atau individu.
Oleh itu, PERPADUAN menyeru agar penjelasan penuh diberikan dan semua pihak tidak membuat kesimpulan terburu-buru sebelum fakta sebenar diperoleh.
PERPADUAN mengingatkan semua pemimpin politik supaya berhati-hati dalam menyentuh isu 3R, iaitu kaum, institusi diraja dan agama. Istilah 3R bukanlah satu enakmen tunggal, sebaliknya isu-isu tersebut boleh melibatkan beberapa peruntukan undang-undang, termasuk undang-undang berkaitan hasutan, komunikasi dan multimedia serta ketenteraman awam, bergantung pada kandungan dan konteks sesuatu kenyataan.
Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati sebagai asas kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.
“Walaupun Islam ialah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, dan setiap rakyat mempunyai hak untuk menganuti serta mengamalkan agamanya tertakluk kepada peruntukan undang-undang,” katanya.
PERPADUAN turut mengingatkan bahawa sejarah pahit 13 Mei 1969 harus menjadi pengajaran kepada semua pihak.
“Pemimpin politik perlu mengelakkan ucapan yang boleh mencetuskan kebencian, salah faham atau ketegangan antara kaum dan agama. Politik yang matang sepatutnya menyatukan rakyat, bukan mempermainkan perkara yang menyentuh kepercayaan mereka,” tanbah beliau.
Sehubungan itu, PERPADUAN menyeru semua parti politik dan pemimpin negara supaya:
• menghormati kitab suci, ajaran dan pemimpin semua agama;
• mengelakkan jenaka atau kenyataan yang merendahkan mana-mana penganut agama;
• tidak membuat generalisasi terhadap keseluruhan penganut sesuatu agama;
• menilai kandungan ucapan berdasarkan konteks penuh dan fakta yang sahih;
• memberikan penjelasan atau memohon maaf sekiranya kenyataan yang dibuat benar-benar menyinggung atau menghina pihak tertentu; dan
• mengutamakan keharmonian rakyat, kesopanan dan kesusilaan dalam semua kegiatan politik.
•
“PERPADUAN percaya bahawa agama bukan bahan permainan politik dan keharmonian rakyat bukan taruhan kuasa.
“Semua pihak mesti menunjukkan kematangan, saling menghormati dan bertanggungjawab dalam menjaga keamanan Malaysia,” katanya.
sensitiviti agama kristian dalam PAU