Pengundi muda jadi fokus UMNO bahagian Putatan – Jeffrey

PUTATAN :Kepelbagaian demografi kalangan pengundi muda akan terus diberikan tumpuan oleh UMNO Bahagian Putatan dalam usaha mendekati pelbagai kelompok pengundi terutama kalangan pengundi muda dan undi automatik 18 tahun bagi memastikan kelompok berkenaan terus bersama dengan parti berkenaan.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata ,tumpuan utama sudah pasti kepada ahli parti berkenaan dan seterusnya kepada golongan muda yang berada di luar sana dengan mengambil kira kehendak serta keperluan semasa dalam mendekati golongan tersebut.

Menurut beliau tidak semua golongan belia berminat dengan politik, bagaimanapun sekiranya ada pendekatan yang sesuai mendekati golongan ini selari dengan aspirasi mereka ianya akan menjadi daya penarik untuk mereka menyertai perjuangan UMNO.

“Salah satu demografi yang penting dalam negara kita ini ialah undi muda dan juga undi 18 iaitu undi automatik mereka yang berumur 18 tahun justeru ini merupakan fokus kita dengan melihat kepada idea-idea serta perlaksanaan terkini bagi mendekati golongab ini,” katanya.

Jeffrey berkata demikian selepas merasmikan pertandingan Mobile Legend anjuran bersama belia -belia kampung Meruntum dan Pergerakan Pemuda Umno cawangan Meruntum dekat sini baru-baru ini.

Menurut Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, terdapat dua jenis demografi yang perlu disentuhi iaitu keahlian UMNO yang sedia ada dan juga secara keseluruhannya rakyat Malaysia yang umur atau pun yang masih dikategori sebagai muda yang menjadi demografi penting untuk UMNO,

Sehubungan itu Jeffery meminta Pegerakan Pemuda dan Puteri Umno khususnya di bahagian Putatan agar melipat gandakan usaha menganjurkan program program berkaitan belia yang menjadi wadah bagi parti itu mendekati golongan ini menyampaikan maklumat berhubung dengan dasar dan perjuangan Umno .

‘ Banyak keadah boleh digunakan selain penggunaan platform digital, kepelbagaian pendekatan lain akan turut digunakan termasuklah program-program tradisi akan diteruskan sebaik mungkin.

“Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat penggunaan platform digital untuk mendekatkan diri kita dengan golongan ini, kita juga akan teruskan dengan program-program tradisi kita iaitu untuk mendekatkan diri dengan kumpulan-kumpulan anak-anak muda di kampung-kampung yang memerlukan pembelaan.” katanya .

Tambah Jeffery selain belia pelajar-pelajar universiti juga ,Umno khususnya Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno perlu mendekatkan diri dengan golongan ini.

“Jadi ada dua tiga jenis pendekatan termasuk pendekatan melalui digital dan teknologi digital untuk kita mendekatkan diri dengan mereka supaya usaha kita ini dapat dilihat oleh mereka sebagai satu usaha untuk mengenali apa masalah yang dihadapi mereka,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles