Kenyataan Hajiji Sabah berjaya dibebaskan dari masalah miskin tegar meragukan – Suhaimi

KOTA KINABALU: UMNO Sabah meragui kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang mengumumkan kerajaan negeri berjaya mencapai sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini pada Julai tahun ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata, kenyataan itu meragukan kerana rakyat ingin tahu dari mana kerajaan mendapat data tersebut memandangkan lapan daerah yang diketegorikan termiskin di Sabah, penduduknya masih bergelut dengan kemiskinan.

“Ini tidak termasuk di lain-lain daerah yang tidak disenaraikan ada rakyat yang terlepas pandang dan berada di garis kemiskinan tegar, jadi bila melihat pengumuman seperti ini memang agak luar biasa pencapaiannya namun apa yang kita bimbangkan ianya sekadar retorik di atas kertas sahaja bagi menyedapkan mata dan telinga rakyat mendengar sedangkan realitinya jauh berbeza,” katanya.

Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hajiji yang juga Pengerusi GRS di Kota Marudu baru baru ini yang mengumumkan kerajaan sudah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengumumkan perkara ini kepada media dalam satu majlis Pelancaran Projek Perintis Penanaman Padi di kampung Ongkilan Kota Marudu pada Selasa lepas.

Sehubungan itu, menurut Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran, kenyataan itu perlu disokong dengan data yang tepat dan ditunjukan kepada umum untuk memberikan keyakinan kepada rakyat Sabah.

Tambah beliau, jika kenyataan itu benar berdasarkan kepada data yang sebenarnya, rakyat di negeri ini sudah pasti kagum dengan pencapaian drastik kerajaan negeri kerana dalam tempoh yang singkat dapat mengeluarkan rakyat Sabah dari garis kemiskinan tegar.

“Jika isu kemiskinan sudah diselasaikan satu lagi harapan rakyat ialah kerajaan juga perlu mengambil tindakan drastik dalam menyelasaikan masalah insfrastruktur asas bekalan air, bersih sistem perhubungan jalanraya, bekalan air elektrik dan pengganguran di negeri ini,” katanya.

Suhaimi berkata penyelasaian secara total kepada isu-isu prasarana asas perlu diselasaikan segara kerana ianya juga berhubungan kait dengan kepentingan rakyat yang mengharapkan mereka dapat menikmati kemudahan asas jalan raya, air dan elektrik yang lengkap bagi memudahkan mereka berniaga atau memasarkan hasil pertanian dimana ini juga dapat membantu mereka mengeluarkan diri dari garis kemiskinan tegar,” tambah Suhaimi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles