KELANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin optimis calon yang ditampilkan oleh BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi pilihanraya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan mampu mencipta kejayaan jika strategi dijalankan secara teratur.
Katanya, walaupun PRK kali ini dilihat bukan sesuatu yang mudah namun dengan gerak kerja kempen serta pendekatan yang dilakukan oleh jentera parti, Wanita Pemuda dan Puteri dilaksanakan secara seiring selaras dengan perancangan yang dirancang.
“PRK kali ini bukannya sesuatu yang mudah, namun saya menaruh keyakinan BN akan kembali bangkit mengambilalih kawasan ini apalagi BN menampilkan calon orang muda anak tempatan yang telahpun berkhidmat kepada rakyat sebelum ini atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda Umno Kelantan,” katanya ketika ditemui media di sini pada Selasa.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengetuai delegasi UMN0/Bn Sabah bagi membantu jentera BN pada PRK kali ini yang turut disertai oleh Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan beberapa ketua bahagian Umno dari Sabah.
Diajukan soalan apakah acuan yang perlu dilakukan oleh calon BN Mohd Azmawi Fikri yang geografi Dun Nenggiri lebih kurang sama dengan Kawasan Kinabatangan, Bung mengakui geografinya seakan akan sama cuma saiznya bebeza justeru ianya memerlukan pendekatan yang berbeza.
“Apa yang perlu dilakukan oleh calon setelah memenangi PRK kali ini selesaikan isu rakyat, calon harus ingat kita datang dari rakyat jadi perlu kembali kepada rakyat jika ini menjadi budaya wakil Rakyat BN/Umno insyallah parti akan kuat,” katanya.
Bung yang juga Ketua Umno Sabah mengakui cabaran di Kelantan dan di Sabah tidak jauh bebeza dikenali sebagai negeri termundur dan termiskin sudah tentu cabaran terlalu berat untuk calon atau wakil rakyat dari BN/Umno apalagi kerajaan negeri tidak selari dengan kerajaan Persekutuan.
“Namun saya yakin cabaran-cabaran ini terutama dari aspek pembangunan akan dapat dilalui dan diselasaikan sedikit demi sedikit yang penting ada permulaan ,jika ada permulaan pasti ada pengakhiran yang baik,” jelas Bung.
Diajukan soalan dari segi pembangunan di Kelantan, Bung berkata ianya berdepan dengan masalah sekiranya kerajaan negeri ditakbir oleh kerajaan yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat.
“Contohnya isu tanah untuk tujuan pembangunan, apabila tiada tanah atau kebenaran dari kerajaan negeri yang berhak keatas kelulusan tanah, apapun perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat sukar dilaksanakan,” katanya.