Hadir Himpunan Perdana penuhi jenputan dan tanda sokongan kerajaan Perpaduan – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menolak dakawaan yang mengaitkan kehadiran beliau bersama rombongan BN Sabah ke Himpunan Perdana Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad sebagai petunjuk “Hint” Kerjasama BN bersama Pakatan Harapan (Keadilan) untuk menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Advertisements

Menurut beliau yang juga Ketua Umno Sabah kehadiran beliau bersama rombongan BN Sabah hanya sekadar memenuhi undangan kerajaan Perpaduan..

“Jangan buat Spekulasi bukan petanda “Hint” kerjasama, kita hadir atas jemputan sebagai dalam satu kekuatan Kerajaan Perpaduan walaupun di Sabah BN dinafikan kehadiranya dalam kerajaan Perpaduan ,” jelas beliau ketika ditemui pemberita di pekarangan Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Majlis yang dihadiri dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Nor dan rombongan BN termasuk Bendahari BN Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Presiden (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Menurut Bung soal kerjasama untuk menghadapi PRN mungkin dalam platform yang lain dengan perbincangan yang lebih khusus bersama parti-parti lain yang berminat untuk menjalin kerjasama atau bergabung dengan BN/Umno menghadapi PRN akan datang justeru kehadiran rombongan BN ke majlis tersebut tiada kaitan sebagai petunjuk bagi BN bekerjasama hadapi PRN.

Dalam pada itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam ucapanya di majlis tersebut terutamanya yang menyentuh soal tuntutan MA63

Beliau berkata teguran Perdana Menteri mengenai beberapa sentiment dalam isu perbelanjaan RM16 biilon terutamanya dari kalangan pemimpin PGRS perlu dihentikan ini kerana kerajaan pusat telah berusaha untuk melakukan penambahbaikan kepada tuntutan yang dibuat sebelum ini.

“Macam macam kenyataan “Sentiment” tomahan yang dikeluarkan di media oleh beberapa pemimpin-pemimpin PGRS tentang isu M63 ,sehingga melibatkan soal parti dengan mengeluarkan sentiment anti “parti Malaya” sedangkan sebahagian dari pendokong kerajaan GRS hari ini juga ada parti parti berasal dari Malaya seperti PKR dan DAP,” katanya.

Bung berkata sentiment anti parti Malaya ini mereka cuba kaitkan dengan tuntutan MA63 demi memperkukuhkan kedudukan politik bagi menghadapi PRN akan datang dengan mengajak rakyat Sabah menolak parti berasal dari Malaya .

“Perlu dingat tuntutan perkara MA63 sebagai ahli Parlimen kita turut menyuarakan di Dewan Rakyat, jangan anggap mereka sahaja memperjuangkanya sehingga menimbulkan pelbagai sentiment yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum di negeri ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles