KDM bakal saingan terbesar PBS pertahankan kerusi DUN Tandek dan Matunggong dalam PRN akan datang – Dapatan Analisis Politik

Oleh Dr Binol Darimbang

Advertisements

KOTA MARUDU: Banyak pihak meramalkan tiga kerusi DUN – Tandek, Matunggong dan Bandau yang merupakan kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) akan jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang susulan kekalahan PBS mewakili GRS di Parlimen Kota Marudu pada pilihan umum yang lepas.

Namun berdasarkan penyelidikan dan tinjauan di ketiga-tiga DUN itu baru-baru ini, dapatan peringkat akar umbi teesebut menunjukkan PBS/GRS masih berpengaruh meskipun berdepan saingan kuat Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) khususnya di DUN Tandek dan Matunggong.

Dapatan Kajian

Kajian ini memberi penekanan kepada tiga buah DUN yang terletak dalam Parlimen P168 Kota Marudu iaitu menerusi beberapa pilihanraya negeri pada tahun PRU 12 (2008), PRU 13 (2013), PRU 14 (2018), PRU 16 (2020).

Menerusi pilihan raya yang diadakan tersebut di atas sangat penting diketahui untuk membuat analisis awal terhadap situasi semasa politik dan pilihan raya di Sabah.

Selain itu, dengan pertambahan sebuah DUN baharu iaitu N6 Bandau, sudah tentu mengurangkan jumlah pengundi di DUN Matunggung dan DUN Tandek. Pertambahan DUN di Parlimen P!68 Bandau tersebut akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk di kawasan tersebut. Pada masa yang sama akan memudahkan wakil rakyat serta penduduk untuk berinteraksi bagi membincangkan hal- hal berkaitan dengan kebajikan penduduk serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Berdasarkan pilihan raya PRU 12, PRU 13, PRU 14 dan PRU 16, penelitian terhadap sumber kajian, di dapati secara tradisinya di menangi oleh PBS yang berada dalam gabungan BN dan seterusnya berubah bergabung dengan GRS pada PRU 16, menerusi calon-calon PBS-BN bagi N4 Matunggung melalui YB Sarapin Magana PRU12, PRU13. Sementara PRU14 calon dari PBS-BN di menangi oleh Julita Mojungki, dan PRU16 juga di menangi oleh Julita Mojungki melalui PBS-GRS.
Bagai N6 Bandau di menangi oleh YB Wetrom Bahanda melalui Parti PN. Kemenangan PN dikatakan hasil kerjasama politik dengan PBS dan parti-parti dalam gabungan GRS. Maklumat yang diterima komposisi pengundain di kawasan N6 Bandau ini teradiri dari pelbagai kaum yang majoritinya kaum KDM (Dusun Tobilung, Rungus, Kimaragang), Bajau kebanyakan tinggal di kawasan pinggir pantai dan cina di kawan pekan.

Sementara di DUN Tandek dahulunya dikenali sebagai N5 Tandek pada PRU 12,13, telah di menangi oleh PBS-BN melalui Maximus Ongkili dan PRU 14 dan PRU 16 DUN Tandek berubah menjadi N7 Tandek juga dimenangi oleh PBS kali ini, melalui YB Hendrus Anding. Majoriti penduduk di N7 Tandek terdiri dari kaum Kimaragang, Tinagas, Bajau dan Cina. Berdasarkan pola pilihan raya PRU 16, kecenderungan etnik-etnik di Sabah lebih cenderung berkerjasama dalam politik dan senario politik pasca PRN-16 dilihat kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik.

PRN Matunggung

PRU 12 (2004-2008) Jornah Mozihim telah menang kerusi N4 Matunggung dalam tiket BN-PBS, dengan memperoleh undian 4,675 atau mengungguli 53.13%, Calon Bebas James Rubinsin Kotulai 3,401 atau 38.65%, Parti BERSEKUTU Berman Angkap mendapat 260 undi atau 2.95%, sementara calon Pasok Jauning @ Tomas Malukis mendapat 217 atau 2.47%. Keluar mengundi 64.73% atau 8,800 undi. Dengan ini majoriti yang dimiliki oleh Jornah 1,274 atau 14.48%. PRN 13 (2008-2013) Sarapin Magana mendapat 6,701 (61.60%), PKR Muada Ojihi 3,719 (34.19%), sementara BERSEKUTU Santain Manurun 191 (1.76%). majoriti 2,982 (27.41%). keluar mengundi 10,879 (70.64%) telah memenangi juga atas tikit BN-PBS. PRN 2013 calun PKR Jelin Dasanap (Jelani Hamdan) mendapat 6,947 (43.67%), PBS Sarapin Magana 6,627 (41.66), STAR Marunsai Dawai 1,536 ((.66%), SAPP Richard Jun 367 (2.31%) dan calon bebas Jolius Mawai 54 (0.34%). Jelin telah memenangi pilihanraya ini dengan majoriti 320 undi (2.01). PRU 14 (2013-2014) Jelani Dasanap (Hamdan) telah memenangi atas tiket PKR, kemudian Jelani telah meletakkan jawatan dan bertanding atqs tiket Bebas dan memenangi DUN Matunggung sekali lagi sehingga 2018. PRN 2018 calun PBS Julita Mojungki mendapat 6, 946 (40.27%), PKR Sazalye Donol Abdullah 5,259 (30.49%), STAR Marunsai Dawai 2,968 (17.21%), PCS Jornah Mozihim 1,348 (7.82%), PKS Rahim Madhakong 98 (0.57%). Keluar mengundi 17,248 (75.30%) majoriti yang diperolehi oleh Julita 1,687 (9.78) PRU15 Julita telah memenangi Matunggung atas tiket BN-PBS. Bilangan pemilih mengikut kaum (2018) Bumiputera Islam 24.88, Bumiputera bukan Islam 73.78% Cina 1.03, Lain-lain 0.30. Jumlah pengundi 22,906. PRU 16 2020 juga dimenangi oleh Julita Mojungki PBS-GRS mendapat 4,369 (39.09%), BN Richard Kastum 2,859 (25.58%), PKR Sazalye Donol Abdullah 1,680 (15.03%), Bebas Paul Porodong 1,069 (13.57%), PCS Sarapin Magana
843 (7.54%) GAGASAN Hibin Masalin 223 (1.99%), BEBAS Ronald Tampasok 82 (0.74%) BEBAS Josef Emmanuel 51 (0.46%). Keluar mengundi 11,427 (66.78%) majoriti diperolehi oleh Julita Mojungki 1,510.

Analisis awal Sanerio Politk N5 Matunggung

Pasca PRU bagi N4 Matunggung sejak PRU12,13, telah dimenangi oleh PBS-BN, kecuali PRU 14 DUN Matunggung dimenangi oleh PKR dan kemudian setahun dari itu, Jelani sebagai ADUN Matunggung telah menjadi Bebas dan berlaku pilihan raya kecil telah dimenangi oleh Calon PBS melalui Julita Mojungki. PRU16 N4 Matunggung kemudiannya dikenali sebagai N5 Matunggung telah di menangi oleh Julita sekali lagi melalui Parti PBS-BN. Seterusnya PRU16 juga kali ini DUN Matunggung dikenali sebagai N5 Matunggung, sekali lagi dimenangi oleh PBS-GRS. Kemenagan PBS kali ini dapat dinilai berdasarkan beberapa perkara yang perlu dibincangkan.

Mementum kerjasama dan Kesepaduan dikalangan parti-parti gabungan dalam kerajaan pemerintah masih rapuh dan ini memberi kelebihan kepada pembangang. Walau bagaimanapun kesepakatan dan kerjasama dikalangan parti-parti pembangang juga amat susah untuk meraih sokongan pengundi. Keadaan ini menyebabkan pengundi tiada pilihan melainkan mereka masih memilih wakil mereka yang sedia ada.

Pengundi-pengundi di N5 Matunggung sebenarnya mempunyai pilihan yang luas siapkah wakil yang benar-benar dapat mewakili mereka untuk membawa perubahan- perubahan di N5 Matunggung. Tokoh-tokoh politik amat ramai di N5 Matunggung, mereka terdiri dari golongan profesional, guru, peniaga dan sebagainya.

Golongan profesioanal seperti peguam seperti Hibin Masalin, Sazalye Donol, Jelani Hamdan, dan Richard Kastum sudah dikenali oleh pengundi kerana ada diantara mereka sudah beberapa kali mencuba nasib untuk bertanding tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana mereka kecundang dalam setiap pilihanraya, kecuali Jelani Hamdan pernah memenangi pilihnraya suatu ketika dahulu pada PRU 13, namun hanya sepenggal sahaja.

PRU17 nanti ramai parti-parti politk akan meletakkan calon berdasarkan kaum. Umno contohnya; akan bertanding lebih banyak DUN berbandung PRU 16. Dalam PRU16 UMNO Dalam PRN16 pada September 2020, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu bertanding di 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti pengundinya dari masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Sehubungan itu, ada kemungkinan bahawa Adun dan ahli Parlimen P168 Kota Marudu YB Datuk Wetrom Bahanda akan berpindah kawasan DUN N5 Matunggung.

Jika kenyataan ini benar, Datuk Wetrom akan berhadapan dengan Datuk Julita dalam pilihan raya kali ke 17 nanti. Menurut pengundi di N6 Bandau, beliau berpindah kerana untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai DUN. Menurut mereka selama ini beliau tidak dapat menunaikan janji-janji pilihan raya yang lalu kerana kedudukannya sebagai pembangkang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, ahli-ahli politik yang tidak sehaluan dengan Wetrom di Matunggung menyatakan, jika beliau berpindah ke N5 Matunggung nanti besar kemungkinan beliau akan menerima nasib sama seperti Jornah,SarapindanJelani,walaupunpernahmemenangiDUNMatunggungsuatuketika dahulu akan kecundang nanti pada pilihan raya akan datang. Semasa kajian ini dilakukan dilapangan, seorang responden menyatakan Datuk Wetrom pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO dan Ketua Pemuda UMNO di Matunggung, namun tiada apa-apa pembangunan yang boleh dibanggakan oleh pengundi terutamanya dan rakyat khasnya.

Kata informan itu lagi, sejak beliau memenangi Parlimen P168 Kota Marudu, ,tiada pembangunan yang dibuat oleh beliau di kawasan itu.

Isu politik pembangunan dan federalisme masih relevan dan tidak boleh dipisahkan dalam kempen PRN kali ke-17 nanti.

Hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, terutama sekali yang berkaitan dengan sumber ekonomi atau kewangan bagi melaksanakan beberapa projek infrastruktur khususnya di kawasan pendalaman di Matunggung. Berdasarkan isu-isu berkaitan pembangunan masih menjadi modal politik bagi meraih sokongan pengundi. Persoalannya adakah Wetrom dapat memastikan bahawa hubungannya dengan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menjadi baik dan beliau dapat peruntukan yang banyak untuk melaksanakan beberapa projek infrastrukutur di N5 Matunggung?.
Sudah pastilah pilihan raya negeri ke-17 kali ini, PBS akan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Datuk Julita. Memandangkan PBS kini berada dalam gabungan GRS sudah tentu parti-parti gabungan seperti STAR, SAPP, USNO, LDP, PCS dan PGRS akan bergabung membantu Calon dari PBS. Sanerio ini akan memberi kelebihan kepada PBS-GRS. Sebelum ini, parti STAR, LDP, PCS, SAPP, USNO dan PGRS pernah bertanding menentang PBS namun demikian PBS masih dapat mempertahankan kerusi dengan majoriti yang amat membanggakan. Menurut responden yang tidak mahu dikenali menyatakan pilihan raya negeri ini akan menyaksikan perpaduan parti-parti gabungan GRS untuk memenangi kerusi untuk memperlihatkan gabungan ini teguh dan kukuh sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

PRN N6 Bandau

Pilihan Raya Negeri Ke-16 merupakan pilihan raya pertama bagi PRN N6. Bandau selepas persempadan baharu di P168 Kota Marudu. Calon DUN Bandau dari Warisan yang diwakili oleh Majamis Timbong mendapat 2,500 (26%), Webley Disism dari PCS mendapat 477 undi, Raphael Biun mendapat 331 undi, Azahari Amin dari USNO mendapat 477 undi, dan sementara Wetrom Bahanda mendapat 5,863 undi sebagai calon Perikatan Nasional (PN) (60%) dan sekali gus telah memenagi DUN N6 Bandau buat pertama kalinya.
Pilihan raya N6 Bandau, PBS tidak bertanding kerana memberi laluan kepada PN untuk bertanding sebagai rakan gabungan politik PRN 16. Kemenangan Wetron, oleh kerana hasil sokongan PBS-GRS, PN dan BN. Walau bagaimanapun Pilihan raya umum ke-15 beliau telah keluar dari dari gabungan menjadi ahli KDM untuk menentang Maximus.

Beliau telah melekar sejarah kerana dapat mengalahkan Maximus selepas 27 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di P168 Kota Marudu sebagai calon PBS.
Kemenangan beliau sebagai wakil rakyat di N6 Bandau sangat dinanti-nantikan oleh rakyat yang mengundinya. Namun, pilihan raya kali 17 akan datang ini, beliau akan berhadapan Ketua Bahagian PGRS Datuk Maijol Mahap di N6 Bandau.

Mengikut pemerhatian dilapangan, ada beberapa informan yang tidak berpuas hati dengan perkhidamatannya selaku wakil rakyat di N6 Bandau. Banyak janji-janji infrastruktur tidak dapat dilaksanakan oleh beliau semasa janji pilihan raya negeri ke16 lalu.
Analisi awal Sanerio Politik N6 Bandau
Jika benar Datuk Wetrom Bahanda akan berpindah DUN N6 ke DUN N5 Matunggung, sudah tentulah N6 Bandau menjadi rebutan tokoh-tokoh pemimpin dari PGRS, dan PBS. Sementara KDM sudah tentulah akan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Datuk Wetrom yang telah meninggalkan GRS lalu melompat dan mengisthiarkan diri sebagai DUN KDM. Setakat ini, figura yang mengganti Datuk Wetrom sebagai calon KDM PRU ke-17 nanti, masih menjadi teka teki kerana setakat ini belum ada yang dianggap berpotensi, walaupun Setiausaha Agung KDM iaitu Jaiping Minsu disebut- sebut akan bertanding di N6 Bandau jika Datuk Wetrom berpindah tempat.

Ketua Bahagian PGRS N6 Bandau Datuk Maijol Mahap sudah pasti mempersiapkan diri sebagai calon nanti. Selain itu, adik perempuan Datuk Wetrom, iaitu Datuk Redonah Bahanda Sebagai Ketua Wanita PGRS N6 Bandau dan merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri juga disebut-sebut untuk menjadi calon akan datang. Walau bagaimanapun, menurut kenyataan seorang responden, GRS akan membuat keputusan melalui permuafakatan dari parti gabungan GRS untuk mendapat persetujuan dan dapat memilih calon untuk memastikan kemenangan GRS pilihan raya negeri N6 Bandau nanti.

PRN12-16 N7 Tandek

Sebelum persempadan semula dan tambahan parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Dewan Undangan Negeri Tandek dikenali sebagai N5 Tandek. Majoriti pengundi di DUN Tandek tersebut terdiri dari kaum KDM iaitu mewakili 75%, sementara selebihnya 25% terdiri dari bangsa-bangsa lain. Untuk memahami lebih dekat senario pola pengundian di DUN N5 Tandek, adalah lebih baik dimulakan pada tahun 2004.
Pilihan raya negeri N5 Tandek pada tahun 2004 telah dimenangi oleh Maximus Ongkili atas tiket PBS dan mengalahkan parti-parti Bebas dan PKR, jumlah undi yang diperolehi oleh Maximus sebanyak 5,069 dan mengalahkan calon Bebas En. George Sangkin yang telah memperolehi undi sebanyak 2,356. Jumlah pengundi di N5 Tandek pada masa itu seramai 18, 652.

Pilihan raya pada tahun 2008, jumlah pengundi N5 Tandek seramai 16,538. Sekali lagi memperlihatkan PBS terus mengekalkan DUN N5 Tandek, kali ini dimenangi oleh Anita Baranting dengan jumlah undi yang diperolehi sebanyak 5,598. Anita mengalahkan dua calon Bebas, PKR dan BERSEKUTU.
Seterusnya PRN tahun 2013, Anita dan PBS mengekalkan DUN N5 Tandek dengan jumlah undi yang lebih besar iaitu 9,399. Calon yang terdekat dari PKR memperolehi undi 4,124. Parti STAR mendapat undi 2,668. Sementara parti SAPP mendapat 380 undi. Jumlah pengundi yang layak pada masa itu seramain 22,220.

Pilihan Raya Negeri berikutnya pada tahun 2018, sekali lagi Anita dari calon PBS mengekalkan DUN N5 Tandek dengan jumlah undi sebanyak 8,887. Sementara calon dari Warisan mendapat undi 4 285. Parti STAR mendapat 3,621. Sementara parti PCS mendapat undi 551.

Pilihan Raya Negeri ke-16 menyaksikan perubahan nama DUN Tandek dari N5 menjadi N7 Tandek. Selain itu PBS juga mengemuka muka baru iaitu Hendrus Anding sebagai calon PBS dan berhadapan dengan Anita pula yang menjadi calon Bebas. Selain itu partu UPKO, BN, PCS dan LDP turut bertanding menentang PBS. Jumlah undi yang diperolehi oleh Calon PBS berjumlah 3,796 undi. Sementara Anita (BEBAS) memperolehi 2,364 undi. Sementara UPKO dan BN masing-masing mendapat 1,968 (UPKO) dan 1,520 (BN). Sementara calon LDP mendapat undi sebanyak 236 dan parti PCS mendapat undi 395. Jumlah Pengundi yang layak seramai 15,971 orang.

Analisis awal Sanerio Politk PRN N7 Tandek

Senario politik semasa di Sabah khusunya pasca PRN Negeri ke12-16 di N5 Tandek dapat dinilai berdasarkan kesepaduan dan mementum kerjasama diantara parti-parti politik yang bergabung sesebuah parti gabungan pemerintah. PRN N7 Tandek terdapat gambaran tidak wujudnya kesepaduan dan mementum kerjasama di mana pada masa pilihan raya negeri kali ke-15 dan kemuncaknya pada PRN Ke-16. Sangat ketara sekali di mana STAR bertanding melawan PBS semasa PRN 2018, dan seterusnya UPKO dan BN menentang PBS, walaupun akhir keputusan PRN tersebut di menangi oleh PBS.

Pilihan raya negeri ke-17, sudah tentu ADUN sekarang YB Datuk Hendrus Anding dari PBS, sudah tentu akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya kerana N7 Tandek merupakan kubu kuat PBS sejak tahun 1985 lagi. Calon-calon dari pembangkang seperti KDM, Warisan, UPKO dan UMNO sudah tentu akan masing-masing akan bertanding jika parti pembangkang tidak dapat membentuk gabungan seperti GRS.
Setakat analisa ini dilaksanakan individu-individu yang ingin bertanding melalui tikit UPKO, Warisan dan UMNO belum jelas kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin parti yang disebutkan sudah menyeberang ke parti GRS, kecuali KDM pemimpin yang sebut- sebut adalah Dato’ Baintin ADUN sebagai Naib Presiden KDM besar kemungkinan akan mencuba nasib menentang Hendrus Anding.

Kedua, dapatlah digambarkan bahawa kedudukan kerjasama parti-parti politik pembangkang atau gabungan parti pembangkang yang wujud di Sabah pada ketika ini masih lagi longgar, khususnya di N7 Tandek. Pada masa yang sama kesepekatan parti- parti pembangkang juga dilihat masih rapuh, menyebabkan perpecahaan perolehian undi dan akhirnya parti pemerintah akan mendapat menfaat dari perpecaan tersebut.
Ketiga, isu politik pembangunan dan federalisme masih relevan dan tidak boleh dipisahkan dalam kempen PRN sejak dahulu lagi. Ini memberi gambaran awal bahawa pola pngundian dan sokongan dalam pilihan raya ini masih dipengaruhi oleh hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, terutama sekali yang berkaitan dengan sumber ekonomi atau kewangan bagi melaksanakan beberapa projek infrastruktur khususnya di kawasan pendalama di Tandek. Berdasarkan isu-isu berkaitan pembangunan masih menjadi modal politik bagi meraih sokongan pengundi.
Kesimpulan

Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 dijangka akan diadakan pada tahun 2025. PRN ke-17 kali ini merupakan satu potensi membuka satu lembaran baharu politik di Sabah sejak Kerajaan GRS mengambil mengambil alih pentadbiran di Sabah kira-kira tiga tahun lalu. Kesedaran pemimpin Sabah telah menjadian GRS sebagai wadah perjuangan baharu yang digelar “Sabah Fist, dan sayangi Sabah”. Slogan ini membangun satu kesedaran kepada pemimpin masa lampau mereka. Atas kesedaran itu, PRN ke-17 kali ini akan membawa perpaduan dan kesatuan pemimpin-pemimpin di Sabah terutamanya GSR sendiri. Perubahan ini sangat penting, sangat wajar dilihat sebagai suatu ruang dan peluang terbaik untuk menamatkan ketidak-tentuan suasana politik di Sabah, yang sangat merugikan rakyat dan negeri Sabah selama ini.

Walau bagaimanapun kesatuan parti-parti pembangkang terutamanya Warisan, UPKO, KDM, UMNO, PN, PH masih longgar atau tidak kukuh berbanding kesatuan GRS yang sedang memimpin kerajaan pada masa ini. Walau bagaimanapun, artikel ini merupakan satu gambaran umum terhadap kecenderungan dan penanda aras awal senario pola politik di ketiaga-tiga DUN iaitu Matunggung, Bandau dan Tandek.

Sehubungan itu senario politik di ketiga-tiga DUN ini tidak rigid dan kerana politik itu adalah sesuatu yang fleksibel. Oleh itu, dapatan awal tentang isu ini masih perlu diperincikan melalui suatu kajian yang lebih sistematik. Melihat kepada kekuatan YB Hendrus Anding semasa pilihan raya yang lalu, dan gerak kerja yang baik yang
ditunjukkan oleh beliau, kebanyakan responden menyatakan PBS masih dapat mempertahankan DUN N7 Tandek sebagai masih milik PBS.

Rujukan
Mohammad Agus Yusoff. (1992). Politik Akomodasi Di Sabah. Kuala Lumpur: Laser Skill Press Sdn. Bhd.
Rizal & Jumaat. (2002). Politik Etnik & Perkembangan Politik Baru. Dlm. Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum. Bangi: Penerbit UKM.
Roslin, G.M (2000). Political Science: An introduction. Upper Saddle River, NJ: Prentice.
Vasil, R.K. (1972). The Malaysian General Election of 1969. Kuala Lumpur: Oxford University Press. VII, 115pp.
Wilson, Kenneth. (2012). How Russioans view electoral fairness: A qualitative Analaysis. Erupean Studes. Vol 64(1)
Online references:
http://ppn.spr.gov.my/sabah
https://www.spr.gov.my
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/913966/kedudukan-hajiji-sebagai-ketua menteri-tidak-terjejas-peguam

Related Articles

253FansLike

Latest Articles