Program PANTAS di Kg.Togudon Penampang dijangka dilancarkan hujung tahun ini: Ewon

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah adat negeri di Kg.Togudon Penampang dijangka dilancarkan hujung tahun ini.

Advertisements

Beliau berkata, isu pemilikan tanah di kampung itu adalah antara yang terawal beliau ambil tindakan tahun lepas.

“Bagi pihak penduduk kampung saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas tindakan pantas menangani isu pemilikan tanah yang dikemukakan penduduk kampung sejak sekian lama.

“Tahniah kepada penduduk Kg Togudon dan terima kasih kepada Kerajaan Sabah, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur di atas kebersamaan dalam menyelesaikan pemilikan tanah penduduk tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang bermula hari ini.

“Ketika menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi, saya sempat mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Sr Bernard Liew dan Setiausaha Hasil Bumi, Sernam Singh di mana saya dimaklumkan mengenai kelulusan penyukatan tanah di bawah Program PANTAS bagi Kg Togudon, Penampang yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini,” katanya.

Sebelum ini, pada persidangan DUN November 2022, Ewon meminta kerajaan negeri supaya melaksanakan Program PANTAS di Kg.Togudon Penampang, bagi membantu menyelesaikan isu pemilikan tanah yang dihadapi penduduk kampung sejak sekian lama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles