ADUN Karamunting Puji JPN Sandakan atas penambahbaikan khidmat

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin memuji Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan atas penambahbaikan dari segi perkhidmatan sejak ketua pejabat yang baharu, Rommel Dela Cruz mula bertugas April tahun ini.

Advertisements

Katanya, beliau sentiasa memerhati kualiti perkhidmatan JPN di Sandakan dan mendapati telah terdapat ruang menunggu yang lebih luas dan lebih selesa disediakan di belakang pejabat JPN Sandakan, dan perkhidmatannya juga telah kelihatan lebih pantas dan cekap.

“Saya juga mendapati baru-baru ini ada beberapa kes yang melibatkan permohonan MyKad menggunakan dokumen atau maklumat yang palsu telah ditangkap dan disabitkan di mahkamah.

“Kaunter-kaunter di JPN Sandakan juga telah dibahagikan kepada lebih banyak kategori supaya proses perkhidmatan berjalan dengan lebih pantas dan cekap. Saya berasa bahawa semua ini adalah perkembangan yang baik,” katanya di dalam sebuah kenyataan.

Dalam masa itu, George bersama pembantu beliau Yap Hsiu Min telah mengadakan satu perjumpaan bersama Rommel, kelmarin (Khamis) untuk membincangkan cara-cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan JPN di Sandakan.

Kata George, masih terdapat penduduk tempatan yang menghadapi masalah untuk mendaftarkan kad pengenalan atau sijil kelahiran yang melibatkan daftar lewat.

“Saya juga sempat memberitahu tentang program JPN turun ke sekolah-sekolah rendah di daerah Sandakan untuk mendaftarkan murid-murid yang telah genap berumur 12 tahun untuk membuat MyKad yang baharu.

“Rommel berkata beliau akan bekerjasama bersama pihak Pejabat ADUN Karamunting untuk menjayakan program ini menggunakan JPN mobile service (perkhidmatan bergerak) mereka,” katanya.

George juga berkata beliau berharap Rommel dan kesemua kakitangan JPN Sandakan akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Sandakan, agar mereka dapat menyelesaikan urusan mereka dapat dipermudahkan dan diselesaikan segera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles