Isu air PPR Taman Sri Keramat, Pemandu lori mogok tunggakan bayaran lima bulan tidak diterima – Jeffrey Nor

PUTATAN : Pihak Pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, Putatan, sudah menjelaskan tunggakan bayaran bekalan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi mengatasi masalah air kritikal di kawasan berkenaan.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata, beliau difahamkan isu air ini sangat kritikal apabila pemandu lori gagal menghantar bekalan sehingga mereka bertindak mogok berikutan bayaran tidak diterima.

Katanya, jika sekiranya perkara ini betul atau tidak, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan segera berikutan pemandu lori mendakwa mereka tidak menerima bayaran lebih lima bulan.

“Masalah ini sudah berlarutan sehingga bertahun-tahun, berbulan-bulan lamanya, ia akan membawa isu besar kepada penghuni di PPR Taman Sri Keramat.

“Adakah masalah pembayaran kepada kontraktor pengangkut air ini juga perlu ditanggung sepenuhnya oleh penghuni di sini…Di mana letaknya sikap berperikemanusiaan pihak berkuasa terhadap mereka,” katanya di sini hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, sudah tentu tidak akan wujud masalah penghantaran air ke PPR Taman Keramat berikutan tunggakan bil sudah dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kita minta pihak pengurusan PPR Taman Keramat mengambil berat kerana terdapat tekanan air rendah termasuk menggantikan beberapa mesin pam lama yang gagal berfungsi sejak sekian lamanya.

“Saya dimaklum ada sebahagian blok di sekitar PPR Taman Sri Keramat mendapat bekalan air. Ada sebahagian tidak mendapat bekalan, ini sudah tentu menggangu rutin harian mereka berikutan lebih tiga tahun gagal mendapat bekalan air bersih,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, dalam tempoh terdekat masalah air membabitkan penghuni PPR Taman Sri Keramat perlu diselesaikan segera bagi membolehlan penghuni dapat menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.

“Soal kerajaan berusaha untuk mendapatkan ‘soft loan’daripada kerajaan persekutuan bagi membuat loji mengatasi masalah ini, itu merupakan satu perkara lain.

“Apa yang penting harapan saya sangat besar untuk mengenai isu ini perlu diselesaikan dengan kadar segera,” kata Jeffrey.

Sekiranya berlaku sebarang catuan air beliau berkata, perlu ada makluman segera kepada penghuni di PPR Taman Sri Keramat dengan memperkenalkan sistem komunikasi yang baik agar penduduk tidak berasa panik.

“Perlu ada komunikasi yang baik kalangan pihak pengurusan PPR Taman Sri Keramat bersama JANS, jangan menyusahkan mereka.

“Gunakan pendekatan secara sistemetik, jangan sekejap ada air sekejap tiada air, ini sudah tentu sangat menyusahkan rakyat terutama penghuni di sini,” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles