Hajiji terima kunjungan Presiden CUEPACS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato Dr Haji Adnan Mat di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.
Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji penjawam awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk penjawat awam.
Beliau diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS, Encik Anuar Mamat, Pengerusi CUEPACS Sabah, Encik Ajulahin Japin, Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Encik Murkam Haji Hussien dan Setiausaha Agung KGKS, Encik Riduan Mohd Yassin.
Dr Adnan berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Kiulu.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles