Ahli Dewan Belia Sungai Manila sokong Suhaimi bangkitkan isu kepentingan graduan, belia di sidang DUN

SANDAKAN: Ahli Dewan Belia Sungai Manila, Nur Julizan Juamat menzahirkan sokongan beliau kepada ADUN Dilantik Datuk Suhaimi Nasir yang berani membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan kepentingan graduan dan belia, termasuk isu peluang pekerjaan tidak setara kelayakan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin.

Nur Julizan berkata memang benar wujud
keadaan di mana peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki.

Menurutnya pada masa kini Malaysia termasuk negeri Sabah sedang menghadapi fenomena ‘brain drain’ atau penghijrahan individu berkemahiran tinggi yang berterusan dalam kalangan graduan tempatan daripada pekerjaan di negara ini.

“Dalam hal ini, golongan belia Sungai Manila menyokong penuh keprihatinan YB Suhaimi yang begitu vokal memperjuangkan nasib para belia dan juga para graduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Julizan berkata tinjauan yang dilakukan terhadap graduan Malaysia oleh Malaysia 100 Leading Graduate Employers Survey tahun 2023, menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada 37,380 responden memilih untuk bekerja di luar negara selepas tamat pengajian.

“Saya melihat melalui survey ini, graduan merasa tidak yakin dengan masa depan kerjaya di Malaysia dengan keadaan gaji yang tidak setimpal yang diperolehi berbanding sekiranya mereka bekerja di luar negara.

“Jika kita lihat contoh di Sabah khususnya di Sandakan tidak banyak sektor pekerjaan menawarkan pekerjaan kepada graduan yang berkemahiran tinggi,” kata beliau.

Menurutnya sekiranya ada pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka tetapi gaji diterima tidak setimpal dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara.

“Saya dimaklumkan ramai graduan berkemahiran tinggi yang berasal dari Sabah terutamanya dari Sandakan terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaan walau tidak setaraf dengan kelayakkan yang mereka miliki demi kelangsungan hidup,” katanya.

Nur Julizan berkata ilmu yang diperolehi oleh graduan seharusnya dapat dikembangkan dan menyumbang semula kepada kemajuan negara.

“Sekiranya Kerajaan tidak bertindak dari sekarang sudah tentu negari Sabah akan kehilangan graduan yang bermutu tinggi untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

“Akhirnyq kita terpaksa mengambil tenaga pakar luar negara bagi membangunkan negara dan sudah tentu ianya akan merugikan kita sendiri,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles