KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah untuk merayakan Aidilftri dalam suasana harmoni dan muhibbah.
Beliau yang juga ADUN Usukan berkata apa yang terpenting ialah mengeratkan hubungan Silatulrahim bukan sahaja antara sesama Islam tetapi juga antara umat Islam dan bukan Islam.
“Kita di Sabah ini, kita menyambut semua perayaan sama ada Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan.
“Inilah keunikan orang Sabah, kita semua
harus mengamalkan sikap sederhana untuk melawan sikap ekstrim yang memeca belahkan kita di Sabah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Salleh, isteri Datuk Raya Erom dan keluarga mengucapkan selamat Aidilfitri — maaf zahir dan batin kepada semua Umat Islam, khususnya yang berada di dalam Kawasan DUN Usukan.