Golongan belia perlu didedahkan nilai baik untuk bantu lahir insan seimbang – Hajiji

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata golongan belia perlu didedahkan dengan nilai-nilai yang baik bagi membantu melahirkan insan yang seimbang daripada segi minda dan kerohanian.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau menyambut baik pengajuran program Perkhemahan Pathfinder, anjuran Malaysia Union Mission of Seventh-day Adventist (MAUM, yan julung kali diadakan di Sabah.
 
“Sebagai Ketua Menteri, saya bangga melihat setiap individu di sini yang telah memberikan komitmen penuh untuk mengembangkan bakat, kemahiran, dan nilai-nilai positif melalui penglibatan dalam aktiviti ini,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam teks ucapannya sempena Majlis Perasmian
Perkhemahan Pathfinder di Pantai Dantai, kira-kira 20 kilometer dari pekan Tuaran.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Turut hadir Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan
Pastor Abel Bana, Presiden MAUM).

Menurut Hajiji kepemimpinan bukan hanya tentang gelaran atau kekuasaan, tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk berkhidmat dengan teladan yang membawa inspirasi kepada yang lain.

Hajiji berkata dalam dunia yang semakin mencabar ini, kepemimpinan yang efektif merupakan asas kejayaan dalam menghadapi cabaran kompleks.

Hajiji berkata program perkhemahan belia yang berumur antara 10 dan 15 tahun itu
mempunyai tujuan yang mendalam, termasuk memupuk pertumbuhan spiritual, intelektual, dan sosial dalam kalangan orang muda.

Katanya tema yang dipilih untuk acara istimewa itu adalah “Ke Hadapan,” yang menggesa rakyat untuk bangkit melepaskan cabaran yang dibawa oleh krisis Covid-19 baru-baru ini dan bergerak ke hadapan dengan ketabahan dan tekad, sama ada fizikal mahupun kerohanian.

Lebih 3,000 belia termasuk dari luar negara, berumur antara 10 dan 15 tahun, menyertai Perkhemahan Pathfinder itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles