UMNO Sabah bukan parti ekstrimis, kata Jeffrey Nor sambil minta pihak berkuasa ambil tindakan pemain politik provokasi guna agama, kaum

KOTA KINABALU: Ketua UMNO bahagian Putatan Jeffrey Nor kesal dengan tuduhan melampau yang dilemparkan terhadap UMNO Sabah, kononnya “UMNO Sabah suka berfikiran ekstrimis dan suka kepada keganasan”.

Advertisements

Sambil menyifatkan tuduhan melulu itu sebagai tidak bertanggungjawab, beliau berkata tanggapan seumpama itu wajar “ditanya balik para pemimpin UMNO dulu yang berada dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah sekarang apakah benar UMNO Sabah ekstrimis atau pendokong keganasan.

Oleh itu, Jeffrey meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang suka mengeluarkan kenyataan yang berbentuk provokasi antara kaum dan agama.

“Kenyataan ketua pemuda UMNO Malaysia mengenai isu stokin…itu pendiriannya sendiri.

“Dalam konteks kepentingan agama, kami sudah tentu kecewa dengan isu stokin itu berlaku.

“Namun soal keamanan, perhubungan di antara agama, kami tidak sama sekali berkompromi dgn keganasan yang dilakukan kerana ia bukan ajaran agama Islam yang sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffrey berkata UMNO Sabah pimpinan Datuk Bung Moktar Radin juga kesal berlaku kes ketiga KK Mart, Kuching yang diserang dengan ‘ molotov cocktail.

“Kami sendiri merasa kesal ianya berlaku tetapi isu serangan yang dilakukan itu kami memang amat tidak bersetuju dan menentang keras kerana isunya bukan saja melibatkan kedai KK Mart tapi ianya melibatkan orang awam,” katanya.

Jeffrey menegaskan UMNO Sabah mengamalkan sikap “cintakan kepada keamanan dengan bersikap terbuka kepada semua kaum dan agama kerana dalam UMNO Sabah itu sendiri ada yang bukan beragama Islam.

“Jika mahu dijadikan contoh UMNO Sabah dianggap parti melayu Islam tetapi memandangkan kami ada autonomi tentang soal keahlian jadi kami di Sabah menerima saja apa bangsa dan agama untuk menjadi ahli kerana itulah budaya yang kami terap dalam UMNO Sabah.

“Dan jika ada pihak yang menyatakan kami UMNO Sabah sebagai boneka kepada Malaya saya rasa tuduhan itu tidak berasas sama sekali,” kata Jeffrey.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles