KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang yang meninggal dunia petang tadi.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai pemergian Pewarta Bernama itu di kediamanya di Taman Perumahan IJM Batu 6 Sandakan melalui aplikasi ( pesanan) WahatsApp dari rakan-rakan beliau di Sandakan petang tadi
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, saya terkejut menerima berita duka ini, saya mengenali allahyarhamah yang komited dan didikasi dengan tugasnya sebagai wartawan dan sering kali hadir ke majlis-majlis yang saya rasmikan khususnya di Sandakan dan di kawasan Parlimen Kinabatangan, seorang yang peramah dan sering mengajukan soalan apabila ada sesi siding media,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Umno Sabah Zon 1 Kota Belud,Kudat Kudat Marudu dan Tuaran di restoran R&R Kota Belud petang tadi.
Bung yang juga Ketua Umno Sabah menyifatkan pemergian allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan dan berharap keluarga allahyarhamah bersabar dan redha menerima dugaan ini disamping mendoakan arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.
Nur Adika,45, berasal dari kampung Petagas Kota Kinabalu dan telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartwan hampir 20 tahun sejak 31 Okt 2005 dan pada 1 Jan 2009 beliau dilantik sebagai Perwarta Sandakan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang mewakili seluruh warga berkata Nur Adika merupakan petugas yang cemerlang dengan penulisan dwibahasa dan kreatif, ia terbukti dengan tiga kali penganugerahan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2014 dan 2020 serta2023.