BN Sabah rangka manifesto untuk PRN17 – Bung Moktar

KOTA KINABALU; Barisan Nasional (BN) Sabah sedang merangka manifesto dan aku janji baharu bagi mendepani Pilihan Raya negeri ke-17 (PRU17).

Advertisements

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata beliau telah menerima saranan daripada barisan tertinggi BN dan Umno agar disediakan satu tawaran baharu bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada BN bagi menghadapi PRN17 akan datang.

“Atas sebab itu saya meminta satu pasukan yang diketuai oleh Setiausaha BN Sabah Datuk Jafry Arifin bersama jawatankuasanya terdiri dari beberapa pemimpin Umno dan kompenan BN Sabah duduk semeja, berbincang dan merangka manifesto yang padat, jelas dan mampu ditunaikan kelak,

“Fokus kami memperbaiki negeri dari segi keperluan pembangunan insfrastruktur asas yang masih kritikal, memperkasakan ekonomi selain mahu memulihkan kadar pengangguran pada tahap yang rendah juga tawaran kepada pengundi muda yang akan mempengaruhi pola pengundian pada PRN kali ini ,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi BN Sabah di bangunan Umno pada Sabtu lepas..

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha BN Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari BN Sabah Datuk Seri Dr Sallleh Said Keruak serta ketua dan wakil ketua kompnen BN Sabah dari MIC, MCA dan PBRS

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Bung Moktar yang juga Ketua Umno Sabah memberi jaminan manifesto parti itu adalah aku janji yang mampu dilaksanakan bukannya “Janji Bulan Bintang” atau satu gagasan besar sebagaimana yang dijanjikan oleh parti lain yang akhirnya gagal ditunaikan dan rakyat terus menagih janji.

“ Manisfesto BN Sabah dikeluarkan mengikut kepuayaan BN menunaikanya , ianya bukan janji bulan dan Bintang, kita tidak menjanjikan manifesto atau satu gagasan besar yang akhirnya tidak mampu ditunaikan” katanya

Menurut beliau manifesto itu perlu disiapkan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan PRN17 akan diadakan lebih awal dari tempoh yang sebenarnya kerana sejarah pernah berlaku pilihanraya di negeri ini diadakan lebih awal dari tempoh sebenarnya justeru BN kena bersedia awal” tambah Bung

Dalam acara berasingan Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mengadakan mesyuarat Perhubungan Umno Sabah dan seterusnya menyerahkan watikah pelantikan kepada 25 orang pengerusi penyelaras BN di setaip kawasan Parlimen

Menurut beliau pelantikan tersebut bertujuan menyelaras BN di setiap kawasan yang mana pengerusi penyelaras dapat memanggil ketua parti masing-masing duduk berbincang merangka strategi dan hala tuju serta menyusun jentera yang rapi dalam berhadapan dengan pilihanraya.

“Saya berharap mereka yang dilantik akan menggalas amanah serta tanggungjawab masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan BN di kawasan-kawasan masing-masing khususnya untuk berhadapan dengan PRN akan datang” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles