Beri ruang golongan muda aktif dalam politik dan pembangunan negara – Awang Aslee

KUALA PENYU – Golongan muda perlu diberi ruang menjadi pemain penting dalam pembangunan, politik serta ekonomi di negara ini .

Advertisements

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, generasi lama pula perlu memberi kerjasama membantu golongan muda itu bagi mencorakkan masa depan negara.

Sehubungan itu, beliau berkata UMNO bahagian itu turut memberikan keutamaan untuk mendekati golongan muda kerana memikirkan golongan itu merupakan aset utama pembangunan negara pada masa akan datang.

“Sebahagian dari pendekatan kita sebelum ini mungkin sudah tidak relevan dengan keadaan semasa ,sudah tiba masanya kita ke hadapan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada generasi pelapis ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutuoan Pertandingan Bola Tampar campuran anjuran Wanita UMNO bahagian Beaufort dengan Kerjasama Pusat Daerah Mengundi kampung Tenambak dekat sini kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Jaludin Haji Abdul Kadir, Naib Ketua Wanita Bahagian Beaufort Norjanah Sabah, Setiausaha Umno Bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib , Ketua Pergerakan Pemuda Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya dan Ketua Puteri Munira Sarie.

Menurut Awang Aslee yang juga Pengerusi Penasihat Pusat Giat Mara Parlimen Beaufort tidak kira sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, bidang ekonomi mahupun politik, peredaran masa harus disertai dengan idea termaju dan perubahan cara kerja.

“Persada politik umpamanya, memerlukan golongan muda sebagai pencetus pembaharuan yang nyata. Kita mesti berhenti memandang golongan belia hanya sebagai pengganti kepada generasi lama.

“Mereka seharusnya menjadi pemain penting di persada politik negara di waktu muda mereka kerana itu golongan ini perlu diberikan pendedahan awal,” katanya

Menurut Awang Aslee golongan muda perlu diterapkan dengan budaya politik sehat dan UMNO merupakan wadah politik yang sesuai menjadi plaffrom bagi golongan ini berkecimpung dalam bidang politik ,ini kerana bukan sahaja UMNO membuka ruang sepenuhnya kepada golongan muda menampilkan bakat serta ketokohan mereka ,malah UMNO mempunyai struktur organisasi yang lengkap untuk mereka mengembangkan potensi serta bakat kepimpinan yang sediada.

“Janganlah pilih parti politik yang wadah perjuanganya terlalu sempit malah ada parti politik yang rasis anti Malaya yang tidak sesuai dengan konsep Kerajaan Perpaduan serta mengakang usaha untuk melestarikan konsep integerasi nasional,” Jelas Awang Aslee.

Sehubungan itu, Awang Aslee berharap agar golongan belia mempersiapkan diri dengan ketahanan yang kukuh,memiliki anjakan paradigma dengan pemupukan ciri-ciri yang mampu memperkuatkan daya tahan mereka.

“Jati diri yang kuat dan kukuh mampu membantu belia membina benteng pertahanan diri daripada pelbagai unsur yang tidak sihat. Ketahanan diri yang jitu juga diyakini mampu membuat belia bingkas bangkit melawan kesukaran atau kepayahan yang mereka alami sepanjang menempuhi alam remaja yang begitu mencabar,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles