DBKK dan polis jalin kerjasama rapat benteras kegiatan jenayah dibandaraya – Dr Sabin

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraya Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terutama pelancong dapat dipertingkatkan dalam tempoh terdekat.

Advertisements

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ini susulan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank berdepan detik cemas apabila dipukul sebelum disamun dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

“Kita akan bekerjasama rapat bersama dengan Polis Daerah Kota Kinabalu, agar kejadian seumpama ini dapat ditangani segera sekali gus bagi memastikan keselamatan pelancong serta orang ramai sentiasa terjamin.

“Kita sangat menekankan soal keselamatan orang ramai yang datang berkunjung di Bandaraya Kota Kinabalu terutama di hujung minggu ketika melawat Pasar Malam Jalan Gaya serta kawasan yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sabin mengulas kejadian yang tular baru-baru ini mendapati mangsa sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerjanya.

“Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” jelas Dr Sabin.

Menurutnya, DBKK memberi jaminan kejadian seumpama ini akan berjaya ditangani segera dengan hasil kerjasama rapat membabitkan Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam,” jelas Dr Sabin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles