KENINGAU: Mutakhir ini rakyat mula bangkit mempersoalkan isu-isu semasa terutama berkaitan pembangunan infrastruktur bekalan air, sistem perhubungan jalanraya, belakan elektrik dan kos sara hidup yang mencengkam kehidupan mereka dengan menjadikan media sosial sebagai plaffrom untuk mereka menyampaikan rasa ketidakpuasan kepada Kerajaan.
Ketua Umno bahagian Keningau Nik Mohd Nazri Nik Zawawi berkata dalam dunia tanpa sempadan dan rakyat sudah celik dengan penggunaan dunia digital memanafaatkan tekenologi itu sebagai medium mereka menyuarakan masalah yang dihadapi.
Bagaimanapun menurut Nik Mohd Nazri yang menjadi sasaran oleh tentera siber pihak lawan ialah UMNO yang mereka dakwa membuat propaganda tersebut dan terus menyalahkan Umno dan kepimpinan Umno atas masalah yang dihadapi oleh rakyat walaupun satu ketika dahulu mereka bersama-sama Umno menjadi Kerajaan.
“Serangan mereka kepada UMNO jika tidak kita tangani dengan memperbetulkan fakta yang ada sudah tentu memberikan kesan terhadap imej dan kekuatan UMNO.
“Justeru menurut beliau tugas ahli UMNO ialah memperbetulkan presepsi negatif kepada Umno dan bantu rakyat sampaikan masalah yang sebenarnya berlaku kepada pihak Kerajaan melalui pelbagai platfrom antaranya media sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Kursus Media dan Tik Tok Zon 4 anjuran Puteri Umno Sabah di sini pada Sabtu.
Hadir sama di majlis tersebut Ketua Umno bahagian Pensiangan Busiau Ampirak, Ketua Puteri Umno Sabah Ummi Nabilah Datuk Jamal, Ketua Pergerakan Pemuda Umo bahagian Tenom Bobby Balang dan Ketua Puteri Umno bahagian Keningau Salzielah Suhaidi.
Sehubungan itu, Nik Mohd Nazri meminta jentera UMNO agar konsisten dalam penggunaan media sosial bagi menjadikan parti itu lebih berketerampilan dalam menghadapi dunia digital khususnya mendekati golongan muda dan pengundi baharu.
Katanya, media sosial adalah teknologi yang perlu dikuasai oleh UMNO dengan kandungan-kandungan yang lebih efisin dan kreatif di TikTok, YouTube mahupun Instagram.
“Antara pendekatan baharu dalam komunikasi politik adalah melalui “influencer media sosial”., Pemuda dan Puteri (UMNO) perlu aktif untuk memainkan peranan ini bagi menarik anak muda mendukung aspirasi perjuangan UMNO.
“Jadikan media sosial sebagai platform mendekati anak muda. Hasilkan seberapa banyak “content” TikTok, YouTube dan Instagram yang lebih menarik menyentuh soal perjuangan ,masalah rakyat isu-isu semasa yang boleh mempengaruhi dan mencorak pemikiran Masyarakat terutamanya generasi muda dan viralkan” katanya
Menurut Nik Mohd Nazri yang juga Pengerusi Pengerusi Sekretriat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah selain kempen secara tradisional bersemuka kempen di media sosial perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan dan ianya bukan lagi sampingan tapi perlu digerakkan secara konsinsten.
Tambah beliau, jika UMNO mahu kekal relevan perlu menuruti derasnya arus perubahan fikiran golongan muda ini kerana Undi-18 (undi anak muda) adalah manifestasi besar yang akan membawa perubahan dalam landskap politik negara.
“Ia menuntut usaha keras UMNO untuk memenangi hati mereka dan menawarkan solusi kepada permasalahan dan cabaran yang sedang mereka hadapi dan sudah tentu peranan media sosial merupakan satu pendekatan yang terbaik mendekati golongan ini ,” katanya.