SANDAKAN: Dalam usaha memastikan tindakan ke atas pengaduan berkaitan masalah yang dihadapi oleh rakyat berkaitan dengan Jabatan dan agensi Kerajaan, pentadbiran parti khususnya di Kawasan Kinabatangan, Umno bahagian itu telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam.
Biro serta jawatankuasa yang telah dipersetujui oleh Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin itu telah dibentuk baru baru ini yang dipengerusikan oleh Awang Basri Osman
Awang Basri ketika ditemui selepas mesyuarat pembentukan jawatankuasa Biro itu berkata, penubuhan itu merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa bahagian baru-baru ini.
Menurut beliau, biro itu bersetuju dengan tugas yang terhad kepada aduan-aduan yang diterima terutama aduan yang melibatkan kepentingan rakyat di kawasan kinabatangan yang berkaitan dengan isu pembangunan dan juga pentadbiran parti.
“Kita akan menerima setiap aduan yang dikemukakan bagaimana pun aduan yang melibatkan kepentingan umum akan diberikan keutamaan untuk disampaikan kepada pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Biro tersebut di Pejabat Umno bahagian Kinabatangan di Sandakan pada Rabu.
Menurut Awang Basri, sebagai langkah pertama Biro itu akan menerima sebarang bentuk aduan secara lisan atau bertulis kepada jawatankuasa Biro dan selepas ianya diteliti secara mendalam barulah di kemuakan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan.
“Selain itu kita juga akan menyediakan peti-peti aduan di beberapa lokasi yang dikenal pasti antara jabatan Kerajaan, Pos Malaysia dan lain-lain dimana orang ramai boleh memasukan surat aduan mereka dipeti yang telah disediakan,” katanya.
Tambah Awang Basr, biro itu juga berusaha untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai membuat aduan secara terus melalui telefon kepada Biro berkenaan,
“Selain Sistem Pengurusan Aduan Awam yang sediada bersemuka ,melalui peti aduan, aplikasi terbaharu melalui telefon menjadi platform bagi memastikan semua aduan awam dapat diselesaikan dengan cekap, adil dan berkesan” katanya
Beliau berkata aplikasi inovatif itu membolehkan respons masa nyata terhadap segala isu atau aduan yang disalurkan oleh rakyat.
“Selain aduan, orang ramai dapat juga mengemukakan pertanyaan, cadangan dan penghargaan kepada agensi kerajaan. Setiap kementerian, agensi dan jabatan untuk kami sampaikan,” katanya.