Sebuah Kolej Profesional MARA Bakal Dibina di Beaufort

BEAUFORT: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan sebuah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) di daerah ini,

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, projek itu kini diperingkat akhir proses menentukan pelaksanaan dan akan dimulakan tidak lama lagi.

Menurut Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno ,kerajaan akan terus merancang dan melaksanakan program pembinaan model insan bagi memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dalam bidang kemahiran khususnya di luar bandar ini termasuklah pembinaan sebuah kampus baharu (KPM) di Beaufort..

“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi dan sudah tentu masyarakat di daerah ini beruntung dimana sebuah lagi (KPM) dibina di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama Pengarah MARA Sabah Dr Shahrizin Abdul Sarhadat di Ibu Pejabat MARA Sabah, Kota Kinabalu baru baru ini.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Sabah En.Yassin Ajun , Pegawai Latihan Negeri (STO)MARA Sabah Haslin Talip dan Ketua Program Koleh Profesional MARA Beaufort Zainon Abu Bakar

Menurut Siti Aminah, dengan terlaksananya pembinaan (KPM) di daerah Beaufort akan memberikan peluang kepada golongan belia khususnya di dearah ini dan sekitarnya melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.

Sementara itu ketika menghadiri taklimat dan sesi perjumpaan bersama peserta kursus Usahawan Madani yang terdiri dari kalangan belia di Dewan Kementerian Belia dan Sukan Beaufort, Aminah berharap pelajar-pelajar lepasan sekolah dan golongan belia agar memilih bidang kemahiran sebagai pilihan tambahan selain pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata, mereka mempunyai masa depan cerah dalam bidang kemahiran memandangkan teknologi kemahiran yang ditimba mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Menurutnya, pelajar lepasan di Institut Latihan Kemahiran saamada dari instituta kemhiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Latihan Perindustrian(ILP) Giat Mara dan lain-lain Institut Kemahiran kini menjadi buruan pelbagai syarikat dan pemain industri tempatan.

“Skil (kemahiran) yang mereka dapat mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi walaupun mereka bukan pelajar universiti dan membuktikan inovasi itu milik semua dan bukan sekadar universiti sahaja,” katanya.

“Kita hargai apa yang kita ada kalau boleh mahu menambah institut kemahiran belia khususnya di Sabah agar lebih ramai golongan belia dapat menima ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang kemahiran dimana kemahiran ini memberikan ruang untuk mereka mencari pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri mengikut kemahiran yang mereka perolehi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles