Sistem Kupon Parking Digital akan diperkenalkan di bandaraya Kota Kinabalu – Dr Sabin


 
KOTA KINABALU :  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menjalankan kajian secara terperinci berkaitan pelaksanaan untuk menukar Sistem Kupon Letak Kereta secara gores ketika ini kepada sistem digital di dalam tempoh terdekat.
 
Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata DBKK akan menyemak semula tempoh kontrak bersama pengendali Sistem Kupon Letak Kereta lama ini sebelum penukaran kepada sistem digital kelak.
 
Katanya, memang wujud keperluan untuk memperkenalkan serta menaiktarafnya ke sistem digital ini sekali gus ingin memodenkan sistem parking di bandaraya Kota Kinabalu seperti bandaraya lain di seluruh negara.
 
“Saya mengetahui ada beberapa syarikat menunjukkan minat terhadap cadangan untuk menaiktaraf ke sistem parking digital ini namun ia akan diperhalusi bagi memastikan tiada masalah wujud terhadap pelaksanaannya nanti.
 
“Ini termasuk menyemak semula tempoh kontrak bersama pengendali syarikat sistem kupon lama sebelum cadangan ini dilaksanakan kelak. Sudah tentu cadangan ini sangat releven serta sudah digunakan di beberapa kawasan bandaraya di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian dalam siding media selepas Majlis Serah Tugas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di Tingkat Satu Dewan Mesyuarat DBKK hari ini.
 
DBKK melaksanakan penggunaan Sistem Kupon Letak Kereta di seluruh Bandaraya Kota
Kinabalu pada 01 Oktober 2014 sehingga kini melalui tiga kaedah jenis kupon serta berlainan warna bagi setiap helaian.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Dr Sabin berkata, DBKK akan menyemak semula masalah penyediaan infrastruktur pengangkutan awam di sekitar bandaraya Kota Kinabalu agar lebih mersa penggunaan kepada orang awam di kawasan ibu negeri.
 
“Kita akan meliihat apakah kekangan menyebabkan masalah infrastruktur sistem pengangkutan awam masih belum berfungsi sepenuhnya…Mungkin juga disebabkan bajet atau masalah lain sehingga ia belum dilaksanakan sepenuhnya sehingga ke hari ini.
 
 “Memang wujud cadangan DBKK untuk menyediakan prasarana yang serba lengkap membabitkan sistem infrastruktur awam terutama dalam sektor pengangkutan yang bersistemetik di sekitar bandaraya ini,” jelas Dr Sabin.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles