Anwar ingatkan pemimpin politik Sabah agar tidak mainkan sentimen berdasarkan fakta palsu

TENOM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat dan pemimpin politik di Sabah supaya tidak memainkan sentimen berdasarkan fakta palsu semata-mata.

Advertisements

Beliau berkata, walaupun kerajaan perpaduan pimpinannya sentiasa terbuka kepada kritikan, ia tidak sepatutnya menjejaskan perpaduan sedia ada.

Jelas Anwar, untuk perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sahaja, Sabah diperuntukkan sekitar 16.21 bilion, iaitu peruntukan terbesar diterima mana-mana negeri di Malaysia.

Beliau berkata PAS atau Perikatan Nasional turut mempertikaikan rasional di sebalik pemberian peruntukan besar kepada Sabah.

Perdana Menteri berkata, beliau mempertahankan keputusan itu kerana Sabah memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan negeri itu.

“Biasalah orang politik putar belit isu untuk meraih sokongan rakyat. Saya harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang tidak berdasarkan fakta,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ucapannya pada majlis pecah tanah projek empangan hidroelektrik bernilai RM4 juta di Ulu Padas di Tenom pada Khamis.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri, dan beliau sentiasa mengemukakan permohonan projek untuk rakyat Sabah.

Beliau berkata hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri membantu memudahkan pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini.

Anwar juga mengulangi komitmen kerajaan persekutuan untuk memenuhi tuntutan Perjanjian Malaysia 1963.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles