UMNO akan terus cakna masalah rakyat – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU: Kepimpinan UMNO bahagian Keningau akan terus menerus cakna dengan nasib rakyat yang ditimpa pelbagai musibah kebakaran, kematian dan sebagainya namun turut cakna kepada isu-isu Pembangunan insfrastruktur asas yang menjadi kemudahan selesa kepada penduduk setempat

Advertisements

Hal ini direalitikan oleh Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi bersama kepimpinan UMNO bahagian yang turun padang melihat sendiri masalah perhubungan jalan raya Di kampung Belilingi Lingkudau dekat sini yang mengalami kerosakan serius sehingga menyukarkan perjalanan penduduk kampung untuk keluar ke pekan Keningau.

“ UMNO bahagian Keningau menerima aduan penduduk kampung di sini berhubung kerosakan jalanraya terbiar lama yang menjadi yang laluan utama penduduk , lantas UMNO bahagian Keningau melaksanakan gerak kerja turun padang meninjau dan memastikan kesulitan pengguna jalanraya di sini dibantu” katanya ketika meninjau keroskan jalan Di kampung Belilingi Lingkudau dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Nik Mohd Nadzri berkata UMNO bahagian Keningau dengan sedikit kemampuan yang ada , telah menyampaikan sumbangan beberapa buah lori batu klikir agar jalanraya ini boleh diperbaiki segara bagi memberikan keselesaan kepada penduduk yang saban hari menggunakan laluan ini.

“ Saya difahamkan penduduk kampung ada memohon peruntukan dari kerajaan untuk memperbaiki jalanraya ini, bagaimana pun sehingga kini belum ada sebarang kelulusan diterima, justeru UMNO bahagian Keningau untuk tindakan jangka pandek hari ini menghulurkan bantuan batu klikir agar jalanraya yang rosak ini boleh diperbaiki segara” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Nik Mohd Nazri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah berharap kerajaan melalui Kementerian yang bertanggungjawab agar dapat memperbaiki segara jalanraya ini dan menjadi harapan penduduk kampung juga agar jalanraya ini dapat dinaik taraf menjadi jalan beraspal.

“ Saya yakin kerajaan yang ada hari ini akan lebih cakna masalah penduduk di kawasan ini, dan apabila jalanraya ini dapat dinaik taraf bukan sahaja dapat menyediakan laluan yang lebih selesa sekali gus dapat meningkatkan ekonomi Masyarakat setempat untuk membawa keluar hasil hasil pertanian dan sebagainya untuk dipasarkan ke pekan Keningau” Tambah Nik Mohd Nazri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles