Ewon adakan lawatan kerja sehari ke Johor

JOHOR BAHRU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama pengurusan tertinggi Bank Rakyat mengadakan lawatan kerja sehari ke Johor pada Selasa.

Advertisements

Dalam lawatan kerja itu, beliau bersama Bank Rakyat mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.

Kemudiannya meninjau perkembangan pembinaan Menara Bank Rakyat di Coronation Square.

Dalam taklimat, pembinaan Menara Bank Rakyat setinggi 35 tingkat itu hampir siap sepenuhnya tahun ini.

Coronation Square seluas 2.3 hektar antara Zon Pembangunan Projek Ibrahim International Business District (IIBD).

Terdahulu itu Ewon dan rombongan turut diberi taklimat mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura. RTS Link merupakan perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer antara Singapura di stesen Woodlands North dan Malaysia di stesen Bukit Chagar.

Turut hadir Pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat Dr Mohammad Hanis Osman dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles