Pengeluaran simen di CIS Teluk Sepanggar kurang akibat jentera utama rosak

KOTA KINABALU: Kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepanggar mengalami kerosakan jentera utama pada Oktober lepas yang mengurangkan kapasiti pengeluarannya sebanyak 40 peratus daripada 2,400 tan sehari kepada 1,400 tan sehari yang mengganggu bekalan simen.

Advertisements

Pengurus Besar Sumardi Mohd Yusof berkata, kerja-kerja pembaikan mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan operasi loji menyambung semula operasi biasa pada awal bulan ini.

Katanya CIS telah meningkatkannya penghantaran simen untuk menjelaskan pesanan tertunggak.

“Bekalan juga terputus disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran bahan mentah dan penghantaran simen pukal akibat cuaca buruk di pelabuhan pemunggahan di Semenanjung Malaysia dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata CIS meningkatkan pengeluaran dan penghantaran simen ke pasaran dengan membawa masuk lebih banyak bahan mentah dan penghantaran simen pukal serta melanjutkan operasi penghantarannya termasuk Ahad dan Cuti Umum bagi memastikan semua keperluan simen negeri dipenuhi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles