KIULU: Murid Asrama Desa SK Mantob, Johvian Aryviel Johnnymond muncul johan Kejohanan Catur Murid Asrama Malaysia dan Asrama Harian (L) peringkat negeri Sabah yang diadakan di SMK Bengkongan, Kota Marudu baru-baru ini.
Johvian, 12, memperolehi markah tertinggi pada kejohanan itu yang disertai wakil dari 20 daerah di Sabah.
Para peserta adalah terdiri daripada pelajar asrama harian bagi Kategori B12, B15, B18 lelaki dan perempuan.
Majlis perasmian penutupan kejohanan itu
disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah, Encik Muddin bin Beting.
Beliau kemudiaan menyampaikan trofi kepada para pemenang.
“Saya sangat gembira memenangi trofi ini. Saya juga berterima kasih kepada keluarga, guru-guru dan jurulatih yang selalu mendorong dan memberikan semangat untuk saya terus berjaya.
@Inilah hadiah terbaik saya boleh berikan kepada sekolah sebelum melangkah ke sekolah menengah,” kata Johvian.
Jurulatih, Nur Fauziah Hasni Che Yahaya dan Warden Asrama Emell Debbie Gopining yang bertindak sebagai guru pengiring Johvian menzahirkan rasa gembira dan puas hati dengan pencapaian membanggakan oleh Johvian.
Johvian telah mempamerkan pernainan cemerlang dan tidak pernah kalah di setiap pusingan yang telah dijalankan.
Menurut mereka, Johvian merupakan contoh murid yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa inginkan cabaran dalam permainan catur.
Johvian juga telah mewakili daerah Tuaran bersama-sama enam pelajar lain dalam Kejohanan Catur MSS peringkat negeri di SMK Kundasang, Ranau pada Ogos lepas.
Pada ketika itu, Johvian berjaya meraih tempat kedua bagi Catur Blitz Kategori Murid Lelaki.
Guru Besar, Romie bin Boliku turut mengucapkan tahniah atas kejayaan itu dan berharap pencapaian tersebut dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan bukan sahaja di kalangan murid asrama tapi semua murid selain meningkatkan minat terhadap permainan catur sebagai sukan kompetitif.