Warisan tuntut pampasan 11 ADUN lompat parti

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) akan menuntut pampasan terhadap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah melompat keluar daripada parti.

Advertisements

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti berhak untuk mendapatkan pampasan bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam pilihan raya yang dimenangi ADUN tersebut sebelum ini.

“Kita cuma ambil tindakan dari segi undang-undang, yang pertama kita tuntut pada waktu itu mengenai pembubaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi mahkamah telah memutuskan DUN Sebatik (Hassan A Gani Pg Amir) tidak perlu.

“Tetapi yang terbaru, kita akan tuntut pampasannya. Bukan mereka yang mengeluarkan belanja ketika pilihan raya.

“Parti yang keluarkan belanja, bendera kita bagi, kempen sepanjang pilihan raya bukan wang mereka tapi wang parti,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini mengenai tindakan yang dikenakan terhadap ADUN keluar daripada Warisan.

Mohd Shafie merupakan ADUN Senallang berkata, perkara itu telah pun dibincangkan dengan beberapa peguam untuk tindakan seterusnya,

Sejak tahun 2020, seramai 11 ADUN Warisan telah melompat keluar daripada parti dan menyertai pelbagai parti politik lain di negeri ini

Sepuluh lagi ADUN tersebut ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob; Datuk Peter Anthony (Melalap); Datuk Juil Nuatim (Limbahau); Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama) dan Rina Jainal (Kukusan).
Selain itu, ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif; Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor); Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas) dan Datuk Hiew Vun Zin (Karamunting).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles