Kelab Bolasepak SK Mantob Jalin Kerjasama Strategik dengan SK Malawa KK

TUARAN: Pepatah orang Indonesia mengatakan setiap kejayaan bermula dari “Nol” dan kesepakatan pula membawa berkat.

Advertisements

Menyahut maksud tersirat kata-kata pujangga itu, Kelab bolasepak SK Mantob Kiulu sepakat untuk melakukan lonjakan paradikma dengan menjalin kerjasama strategik dengan kelab bolasepak SK Malawa, Kota Kinabalu dalam usaha memburu kejayaan dalam arena bolasepak.

Guru penasihat merangkap jurulatih kelab bolasepak SK Mantob Kamaruddin Junit berkata kerjasama itu, antara lain, bertujuan memberi peluang kepada anak murid SK Mantob bersaing dalam tahap kompetetif bolasepak bawah umur 12 tahun.

Selain meningkatkan prestasi pemain, beliau berkata kerjasama itu merupakan salah satu misi dan aktiviti kelab bolasepak SK Mantob untuk membantu memperkasakan pembangunan sukan bolasepak peringkat sekolah rendah di negeri ini.

“Kita memilih SK Malawa sebagai rakan strategik kerana pasukan SK Malawa berjaya bermula dari bawah dan kini menjadi antara sekolah yang melaksanakan program pembangunan bolasepak yang terbaik di Kota Kinabalu,” katanya.

Kamaruddin berkata ini terbukti apabila pasukan SK Malawa muncul naib juara Majlis Sukan Sekolah daerah Kota Kinabalu bawah 12 tahun 2023.

Menurutnya terdapat juga beberapa bekas pelajar SK Malawa yang pernah mewakili negeri peringkat sekolah dan bermain untuk Liga Super Sabah.

Guru penasihat kelab bolasepak SK Malawa Mohammad Erwan Jaini juga
pernah menjadi ketua jurulatih bawah 12 tahun Sabah pada tahun 2019 untuk MSSM kebangsaan di Kelantan.

Ini juga merupakan antara faktor yang telah mendorong SK Mantob mengambil inisiatif bekerjasama dengan SK Malawa.

Erwan turut berkongsi idea dan tips dengan guru dan pemain SK Mantob sambil menyaksikan perlawanan persahabatan tiga penjuru antara SK Mantob, SK Malawa dan Kiulu Academy pada Ahad lepas.

Penolong Kanan Kokum SK Mantob Puan Carolyn Lodimon yang mewakili guru besar kemudiaan menyampaikan cenderakenangan kepada Erwan pada majlis penutupan ringkas program sukan itu yang diadakan di Padang SK Mantob.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles