Pemain Sabah FC Park Tae Su jual topi diharap tiada kaitan isu tunggakan gaji

Oleh JAW
KOTA KINABALU: Pemain import Sabah FC dari Korea Selatan, Park Tae Su menarik perhatian peminat apabila dia dilihat menjual topi PTS sambil meronda di pasar malam mencari pelanggan yang berminat.

Advertisements

Topi PTS itu mungkin mengambil daripada singkatan namanya.

“Siapa mahu beli topi,” katanya dalam satu video yang memaparkan Park kelihatan santai berjalan-jalan di pasar malam Gaya Street.

Park yang ketika ini ketua pasukan Sabah FC memperlihatkan sikap yang baik walaupun hanya menjual topi tetapi berasa kekok mencari pelanggan yang menggemari topi.

Ramai rakan-rakan sepasukan termasuk Saddil Ramdani dan Telmo didapati sudah membeli topi jenama PTS itu dan memakainya.

Diharap usaha Park itu akan mengimpirasikan rakan-rakan lainnya untuk tidak segan silu memulakan perniagaan walaupun dimulai dengan secara kecil-kecilan.

Namun begitu, ada juga suara-suara nakal kendengaran sambil mengharapkan bahawa bisnes kecila-kecilan menjual topi yang dilakukan Park tiada kaitan dengan isu gaji belum dibayar Sabah FC.

Ini kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menyenaraikan Sabah FC antara beberapa pasukan dalam Liga Super yang menghadapi masalah tunggakan gaji pemain. Antaranya yang terbaharu ialah pasukan KDA FC.

Sebelum ini, beberapa pasukan turut terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain.

Berkaitan Sabah FC, kelab yang saham sepenuhnya di miliki Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dikatakan pengurusannya kini berserabut apabila ia bukan sahaja mengalami masalah melunaskan gaji pemain tetapi dalam masa yang sama telah dibebani hutang jutaan ringgit.

Presiden Safa, Datuk Shahelmy Yahya difahamkan dijangka melakukan rombakan terhadap pengurusan Sabah FC dalam menghadapi Liga Super musim hadapan khususnya mereka yang disifatkan menjadi “duri dalam daging” kelab tersebut.

Ramai peminat mengharapkan perubahan besar dalam pengurusan Sabah FC kerana dalam tempoh hampir tiga tahun tiada sebarang piala yang dimenangi walaupun ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee pernah menjanjikan kelab itu mampu memenangi sekurang-kurang satu piala dalam Liga Malaysia.

Memburukkan lagi keadaan, walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan kos pengurusan kelab mencecahkanhampir ratusan juta, ia seolah-olah tidak berbaloi dengan pencapaian semasa, apabila kelab terpalit isu tunggakan gaji pemain dan dibebani hutang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles