Mohd Nazri terima kunjungan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar di sini pada Isnin.

Advertisements

Kedua pihak berbincang mengenai halatuju dan pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) khususnya di Sabah sebagai pengeluar makanan utama.

Mohd.Nazri berharap LPP dibawah pimpinan Mahfuz akan menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada Pertubuhan Peladang di Sabah tahun hadapan, agar lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan untuk faedah PP dan warga peladang.

Mahfuz Omar merupakan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena dilantik sebagai Pengerusi LPP berkuat kuasa 15 Mei 2023. LPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles