Bajet 2024, Sabah perlu peruntukan besar pembangunan – Bung

KOTA KINABALU: Bajet 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur terutama di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar selain menangani kenaikan harga barang.

Advertisements

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berharap melalui bajet itu, kerajaan dapat mengambil langkah berkesan dalam membangunkan negeri ini seperti dijanjikan sejak sekian lama, terutama dalam aspek pembangunan kemudahan asas di kawasan luar bandar yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan perdana.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi fokus kepada usaha memajukan Sabah dengan menaik taraf infrastruktur seperti memperbanyakkan jalan raya berturap ,bekalan air bersih, elektrik.

Bung berkata ini merupakan antara isu pembangunan yang agak kritikal dan membelenggu kehidupan rakyat Sabah yang tiada kesudahannya.

“Bagi melengkapkan kemudahan asas ini sudah tentu memerlukan satu peruntukan yang agak tinggi kerana ianya melibatkan tiga kompenan insfastruktur asas yang diperlukan oleh rakyat Sabah bagi menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna

“Justeru itu adalah menjadi harapan rakyat Sabah dalam belanjawan kali ini Sabah akan memperolehi peruntukan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya bagi mempastikan insfrastruktur asas dapat ditingkatkan di negeri ini, ” katanya ketika ditemui di sini.

Bung berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan beliau sebagai Ahli Parlimen dalam bajet 2024 yang bakal dibentangkan.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan walaupun Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Nor memberikan jaminan isu insfrastruktur asas jalanraya,air dan elektrik akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang ,namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah dengan kekangan kewangan tanpa bantuan dari Kerajaan Pusat dimana untuk menyelasaikan tiga isu besar ini memerlukan kos peruntukan kewangan yang tinggi sesuai dengan keluasan Sabah.

Selain itu Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah ini berharap Kerajaan pusat akan memberikan peruntukan untuk meneruskan pelaksanaan pakej lebuh raya Pan Borneo yang masih belum dilaksanakan selain menyiapkan projek projek Pan Borneo yang terbengkalai.

“ Sistem perhubungan yang baik akan menjadi eksis bagi pergerakan keluar masuk antara daerah ke daerah termasuk dari negara jiran Sarawak Brunei malah kita perlu bersedia apabila jalanraya antara Kalabakatan ke Serudung siap yang akan menghubungkan ke Si Manggaris di Kalimantan dengan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan ianya bakal membawa perubahan dan pendapatan rakyat tempatan Sabah “ katanya

Selain daripada itu Bung juga berharap dalam Bajet 2024 kerajaan akan turut mengkaji kadar peruntukan setaip ahli Parlimen Kerajaan yang kini sekitar RM 2 juta setahun untuk satu kawasan Parlimen.

“Peruntukan ini agak kecil untuk membangunkan satu kawasan Parlimen berbading dengan keluasan dan keperluan rakyat terutamanya dari segi penyediaan insfratruktur asas ,bayangkan bagi kawasan Parlimen Kinabatangan sahaja ianya seluas negeri Pahang dengan peruntukan yang ada agak sukar untuk memenuhi keperluan pembangunan untuk rakyat, justeru Kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dengan menambah jumlah peruntukan untuk setiap ahli Parlimen Kerajaan” katanya.

Dalam pada itu Bung juga berharap Bajet 2024 juga diharap dapat memperkenalkan inisiatif-inisaitif yang berkesan dalam menyelesaikan kenaikan harga barang yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama melibatkan makanan dan keperluan harian.

“Kita harap dalam Bajet 2024 kerajaan dapat mencari inisiatif terbaik, kerana sejak akhir-akhir ini isu kenaikan harga barang di Sabah sangat ketara dan membebankan rakyat terutamanya B40 ” katanya.

Beliau turut memberi cadangan supaya Bajet 202 4 memperkenal insiatif untuk menggalakan lebih ramai peniaga melaksanakan promosi jualan barangan keperluan seperti Program Jualan Rahhmah yang dilaksanakan kerajaan. Dan di perluaskan ke kawasan luar bandar .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles