Jangan Buat Spekulasi isu beras – David

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang kekurangan beras tempatan.

Advertisements

Presidennya David Chan berkata mereka tidak seharusnya mencetuskan amaran palsu yang menyebabkan orang ramai panik dan tergesa-gesa ke pasar raya membeli beras tambahan.

“Pengguna akan berebut-rebut membeli beras untuk menyimpan stok di rumah.

“Ini akan menyebabkan permintaan beras semakin tinggi permintaannya. Persatuan Pengguna Bijak sedar beras penting untuk semua orang,”jelas David.

Beliau berkata demikian ketika mengulas banyak beras tempatan berkurangan dipasaraya dan kedai runcit.

David meminta pihak berkuasa untuk memantau isu kekurangan beras di bawah Akta Keselamatan Makanan

Persatuan Pengguna sedar dengan pemanasan global dan perubahan iklim telah menyebabkan hasil tanaman berkurang.

“Oleh itu kami menggesa kerajaan untuk melabur dalam penanaman padi tempatan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Malaysia” ujarnya.

Tambahnya meskipun kenaikkan harga beras hanya melibatkan beras putih import, rata-rata pengguna percaya ini tetap membebankan rakyat.

“Apa sahaja kenaikan harga barang, tetap memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain. Nasi adalah makanan utama kita dan kenaikan harga antara RM1 hingga RM4 agak membebankan rakyat.

“Sudah tentu dengan kenaikan harga beras ini, kos sara hidup keluarga juga meningkat,” jelasnya.

Persatuan Pengguna juga turut mengalu-alukan inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

David menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles