Adakah Muhyiddin hilang cengkaman terhadap gabungan PN? Hadi juga berpandangan jauh

KOTA KINABALU: Cengkaman Pengerusi Perikatan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap parti gabungan itu mula lemah.

Advertisements

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Muhiddyin kini seolah kehilangan peranan utama dalam Gabungan PN susulan langkah presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu mengejutkan banyak pihak kerana tiada siapa yang menjangkakan Hadi berpandangan jauh daripada segi percaturan politik.

“Oleh itu, jelas Hadi ingin mengekalkan momentum gelombang hijau dan terus meraih manfaatnya.

“Kita tidak boleh menyalahkan ketua PAS itu kerana memilih Tun Mahathir memandangkan rekod politik Tun Mahathir jauh lebih baik.

“Itu sebabnya PMX (Anwar) betul-betul tidak menganggap Muhyiddin sebagai ancaman serius,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Menurut bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, Hadi dilihat berazam untuk mengekalkan apa yang PAS perolehi semasa PRU dan PRN baru-baru ini.

“Perkembangan baharu ini memberi tamparan hebat kepada Muhyiddin. Kita tidak tahu tetapi apa yang pasti beliau bercita-cita tinggi dari segi politik.

“Dia tidak mungkin mengalah dalam percaturan ini,” tambahnya.

Oleh itu, Salleh tidak menolak kemungkinan Muhyiddin sedang meneroka dan mempertimbangkan pilihan lain.

“Saya percaya, sama seperti Tun Mahathir, Muhyiddin juga sependapar bahawa dalam politik tidak ada musuh yang kekal.

“Beliau masih Presiden Bersatu.” “Dia perlu akur kepada dirinya sendiri untuk menjaga kepentingan dan cita-cita politiknya,” katanya.

Salleh berkata perkembangan politik terbaharu ini mungkin dilihat oleh kumpulan pemikir dalam Pakatan Harapan sebagai “sama ada ancaman politik atau peluang politik.”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles