Program kerohanian Soul to Soul membantu pembentukan masyarakat bertamadun

KOTA KINABALU : Perkembangan intelek perlu diselarikan dengan ilmu agama agar kemenjadian pelajar itu adalah berpandukan acuan Islam.

Advertisements

Seiring dengan slogan pentadbiran Malaysia Madani, maka pembentukan sebuah masyarakat bertamadun
yang membangun dari aspek pemikiran perlu dipandu dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan bagi Kumpulan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Sektor Swasta di Sabah, Mohammad Arif Tun Sakaran berkata kemenjadian pelajar dalam aspek pendidikan perlu disusuli dengan program-program
pengisian keagamaan dan kerohanian seperti Soul To Soul Ya Syabab yang membentuk nilai jati diri dan akhlak pelajar.

“Sepertimana pewujudan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar bila kita pendedahan kepada keagamaan, banyak pengajaran yang terbaik supaya anak-anak kita dapat laksanakan dan dibimbing supaya mereka lebih dekat dengan agama selain daripada pelajaran akademik mereka,” katanya.

Mohammad Arif berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Soul To Soul Ya Syabab anjuran Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudah Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, SICC di Kota Kinabalu, semalam.

Mohammad Arif berkata warga pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membimbing anak bangsa menjadi insan yang berguna dan dapat memberi sumbangan kepada negara, sejajar dengan tema Hari
Guru tahun ini iaitu Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Program Soul To Soul Ya Syabab disertai 700 pelajar dari 7 sekolah di Sabah.

Beberapa pelajar dan guru yang kami temui berkata program ini amat berfaedah untuk diri mereka selain mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Apa yang saya dapat ialah sekiranya kita berbuat dosa biarpun kita sudah berbuat dosa yang banyak pun kembalilah kepada Allah kerana Allah itu maha menyayangi dan maha mengampuni dan juga kita ambillah Al Quran itu sebagai panduan kita,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang, Jafira Abdullah.

Bagi pelajar SMK Majakir Papar, Nur Fia Arie Syah Awang Fazli, program ini memberikan banyak manfaat kepada dirinya dalam mengharungi cabaran sebagai seorang pelajar.

“Mendekati Allah gitu, sebenarnya impian kita banyak lagi tu sebenarnya kita mau hadap. Pasal SPM itu bukan impian… impian kita itu sebenarnya di syurga,” katanya.

“Kita sebagai umat lslam , kita diajar kalau stress, kita berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan urusan kita di dunia ini,” kata Pelajar Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Dinie Zuhair.

Bagi Penolong Kanan Petang, SMK Likas, Siti Fadhilah Abdullah, program ini membantu pelajar menjadi seorang yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

“Melalui program ini, pelajar dapat sesuatu yang baik untuk sahsiah mereka dan menjadi seorang pelajar yang berakhlak dan (pelajar) perlu meneruskanlah amalan-amalan yang baik dan juga mengikuti program-program seperti ini supaya dapat menambah ilmu dan mengubah akhlak mereka kepada yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudah Sabah yang menganjurkan program Soul To Soul Ya Syabab
Marhamah Rosli berkata program ini bertujuan memberi pendedahan ilmu kepada pelajar agar sahsiah diri dan akhlak mereka menjadi lebih baik sekaligus bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat.

“Kami tidak mahu mengubah dan tiada orang yang mahu mengubah manusia. Yang boleh mengubah ialah diri kita sendiri tetapi dengan syarat kita mesti ada ilmu. Jadi tujuan program kami ini untuk pendedahan ilmu supaya mereka tahu mereka perlu menjadi manusia yang bermanfaat. Alang-alang hidup biar bermanfaat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles