Oleh Penulis Bebas WJA
KOTA KINABALU: Kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mula Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah dalam program “Kembara Kenali Borneo” 3-13 September 2023 bermula di Tawau dan berakhir di Melano Sarawak membawa keterujaan kepada rakyat Sabah.
Sepanjang laluan rombongan Diraja ,rakyat berpusu-pusu hadir sanggup berpanas dan berhujan ,hanya semata-mata menunggu ketibaan Yang Di-Pertua Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk melihat dengan lebih dekat wajah pasangan Diraj aini, disamping mengalu-alukan kedatangan Baginda seterusnya menzahirkan rasa terima kasih atas kesediaan Yang Di-Pertua Agong dan Raja Permaisuri Agong mencamar duli melawat ke negeri bawah bayu ini
Di beberapa laluan yang dilalui oleh rombongan di Raja, Banginda dan Raja Permaisuri turun bermesra bersama rakyat setempat atau sekurang-kurang memperlahankan kenderaan yang dipandu sendiri oleh banginda , bersalaman dan bertanya khabar kepada rakyat jelata dan ada yang mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama. Sambutannya memang amat luar biasa.
Kesempatan yang ada juga digunakan oleh rakyat jelata untuk menzahirkan masalah atau kesulitan yang mereka hadapai selama ini ,terutamanya dalam isu pembangunan insfrastruktur asas iaitu sistem perhubungan jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan isu mengenai kenaikan harga barang yang bukan sahaja rakyat luahkan secara lisan di hadapan Tuanku ,malah ada yang sempat menulis surat (note) kepada Baginda. Dalam satu video yang tular di media sosial Raja Parmaisuri Tunku Azizah Aminah Maimun Iskandariah sempat mencatatkan apa yang diutarakan oleh rakyat di salah sebuah persinggahan di daerah Tawau
Sesetengah pemimpin kerajaaan GRS dan Cybertoopers pro GRS beranggapan, perbuatan mereka ini kurang manis dan disifatkan tiada sivik, namun jika melihat isu ini secara mendalam rakyat sebenarnya sudah mula bosan dan tidak dapat menanggung rasa amarah kepada Kerajaan yang gagal menangani isu jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik yang berlarutan sejak sekian lama dan keadaan lebih rumit ketika Kerajaan GRS mengambil alih tapuk pemerintahan Sabah dimana jarang berlaku kes-kes bekalan elektrik terputus di lapangan terbang, hospital begitu juga bekalan air bukan sahaja di kawasan bandar malah diluar bandar.
Bagi rakyat Sabah mereka sudah hilang kesabaran untuk menyuarakan masalah ini. Sebelum ini rakyat Sabah sudah suarakan secara meluas baik di media cetak, di media sosial malah aduan rasmi telah dibuat bagaimanapun tindakan kerajaan untuk menangani isu terutamanya bekalan air, elektrik dan jalanraya masih agak lembab walaupun pelbagai kenyataan dibuat oleh pimpinan Kerajaan negeri masalah ini akan diatasi, namun yang amat mengecewakan rakyat ialah tindakan secara tuntas sama ada tindakan jangka pandek dan jangka panjang untuk menyelasaikan isu ini masih kurang menyakinkan
Justeru tindakan mereka (rakyat) menyuarakan secara lisan dan bertulis kepada Yang Di-pertua Agong sebenarnya adalah tindakan yang tepat walaupun keadaanya tidak begitu sesuai tapi sekurag-kurangnya dapat membuka mata Kerajaan serta pemimpin di negeri dan pusat ,betapa peritnya kesengsaraan rakyat Sabah berhadapan isu -isu yang agak kritikal ketika ini.
Isu yang diutarakan oleh rakyat ini, mendapat maklum balas dari Baginda Yang Dipertuan Agong semasa berucap di majlis Santapan Kerajaan Negeri Sempana Kembara Kenali Borneo , di SICC , Baginda meminta Kerajaan memandang serius aduan yang dibuat oleh mejoriti rakyat Sabah ini , dimana Baginda sedia berkongsi pandangan dan berharap Kerajaan akan berusaha sepenuhnya menangani masalah yang dikemukakan kebanyakan rakyat yang ditemui dalam kembara iaitu isu jalanraya, bekalan air,elektrik dan sebagainya.
Mungkin ini satu tamparan hebat kepada Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Kerajaan pusat kerana sebahagian daripada isu yang ditanggung oleh rakyat masih dalam bidang kuasa Kerajaan negeri dan selebihnya seperti jalanraya Persekutuan sememangnya dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Ada juga pemimpin GRS berpandangan elok juga rintihan rakyat ini didengar oleh Bangida Yang Dipertua Agong agar Kerajaan pusat membuka mata, namun ini bagi projek jalanraya Persekutuan yang sememangnya dalam bidang kuasa Kerajaan pusat, tapi turut diutarakan oleh rakyat termasuklah jalan raya dalam kawalan Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Air dan bekalan elektrik semua ini adalah dalam bidang kuasa Kerajaan negeri.
Disebalik lawatan Yang Di-Pertuan Agong ke Sabah ada rahmatnya kepada rakyat, Sabah sekurang-kurannya berjaya mengerakan kelembapan Kerajaan negeri dan pemimpinnya yang sebelum ini jarang turun padang bagi menijau masalah rakyat dan meninjau kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo .
Lawatan Yang Dipertuan Agong ke Sabah kali ini turut mengerakan Kerajaan negeri dan Menteri yang bertanggungjawab telah bertindak pentas untuk meminta kontraktor pelaksana menyegarakan kerja, menampal jalan berlubang memotong , rumput yang panjang , jalan yang gelap kembali bercahaya, jika tidak lawatan ini berkemungkinan akan memakan masa lagi menunggunya.
Dalam masa yang sama Kerajaan GRS perlu memandang terus ke hadapan bagi merelisasikan gagasan Sabah Maju Jaya tanpa perlu menyalahkan Kerajaan terdahulu ini kerana hampir keseluruahnya pemimpin GRS yang ada pada hari ini merupakan bekas pemimpin BN/UMNO sebelum ini yang mempunyai rasa tanggungjawab bersama untuk memajukan Sabah.
Satu yang tidak boleh dinafikan Projek Lebuhraya Pan-Borneo merupakan cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najid Tun Razak bagaimana pun percaturan politik pada PRU ke apabila BN tewas turut menjadi kekangan kepada kemajuan pelaksanaan Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah selain pelantikan kontraktor yang tidak berwibawa melaksanakanya.
Kita tidak perlu membandingkan kemajuan di Sabah berbanding kemajuan di Sarawak, pemimpin di Sarawak mereka kurang berpolitik sebab itu kemajuan mereka lebih ke hadapan terutamanya dalam kemajuan pelaksanaan lebuhraya Pan Borneo
Sebagaimana amanat Yang Dipertua Agong keberkesanan untuk membangunkan Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, dalam erti kata konsep kerajaan perpaduan perlu dilestarikan dalam bentuk kerjasama dan berpasukan.
Menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat tidak sekadar dimulut sahaja tapi di di peringkat negeri ianya tidak selaras dengan konsep Kerajaan perpaduan yang dinginkan oleh Perdana Menteri .Diperingkat pusat BN/UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan tapi di peringkat negeri “Tepuk Dada Tanya Selera”
Berbaki kurang dari dua tahun sebelum PRN ke 17 kerajaan GRS perlu melakukan suatu tindakan yang cepat dan efisin untuk menangani isu Pembangunan asas yang dibangkitkan oleh rakyat tanpa terlalu prajudis dengan pelbagai slogan Sabah kita punya, Ini Rumah kita, kita jaga seolah olah menujukkan konfrontasi dengan Kerajaan pusat .Sesungguhnya membangunkan Sabah kita masih memerlukan sokongan kerajaan Pusat , pernyataan sokongan GRS kepada Kerajaan Perpaduan perlu diterjemahkan secara Ikhlas di Sabah bagi membolehkan semua pihak dalam gabungan kerajaan perpaduan dapat memainkan peranan untuk membangunkan Sabah dalam segala aspek.