Rakyat Sabah zahirkan ucapan terima kasih kepada Agong bawa perubahan sebahagian projek pakej lebuh raya Pan Borneo

Oleh Penulis Bebas ASG

Advertisements

KOTA KINABALU: Sejak kebelakangan ini banyak komen natizen di media sosial malah video siap dengan lagu-lagunya berkumandang di tik tok menzahirkan penghargaan dan terima kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencamar duli melakukan lawatan kerja kebSabah dan bakal melalui beberapa jalanraya di bawah Pakej Lebuh Raya Borneo (PAN BORNEO)

Menurut mereka tanpa lawatan kerja Yang Dipertuan Agong belum pasti bilakah beberapa pakej projek (Pan-Bonneo) akan siap malah ada yang menyatakan mungkin sampai “Tumbuh Uban” baru mereka merasai nikmat sepenuhnya memandu di lebuh raya Pan-Borneo tanpa berhadapan jalan berlubang-lubang atau kesesakan.

“Adakah hikmahnya Yang Dipertuan Agong turun padang dan bakal merasai sendiri pengalaman memandu di Sabah yang sebahagian jalan diibaratkan seperti ‘jalan menuju ke bulan’ kalau tidak mungkin lambat lagi akan siap ,“ jelas mereka.

Tulis seorang pengguna media Sosial yang dikenali Jeffry, “Saya bersyukur kerana DYMM YDPA sudi jelajah Sabah bermula pada 3/9 ini, keranamu Tuanku infra infra luar bandar yang berkaitan dengan kawasan Tuanku Jelajah diperbaiki dan Naik Taraf Kilat.

“Terima Kasih Tuanku. Rakyat Sabah menjunjung kasih. Tapi yang masalahnya kenapalah Menteri JKR Sabah tampil berikan jawapan Bola Tanggung? Seakan menjawab kritikan Natizenbmengenai KPI di bawah Kementeriannya tidak begitu menyerlah selepas mengambil alih dari DSP Bung Mokhtar Radin. Secara jujur Saya mengatakan Datuk Ir Shahelmy banyak melawat dan mesyuarat dan rakyat masih belum melihat keberkesanan tindakan dari beliau kecuali SKRG ini kerana Agong mahu sampai ke Sabah”.

“Tapi jangan lah bagi kenyataan begini Datuk. Sebab, rakyat tahu menilai. Walau saya menyokong Kerajaan tapi tidak bermakna saya akan sentiasa menjadi Pak turut dalam semua keputusan yang dibuat oleh menteri. Kalau jawpan mcm ini diberikan, saya serah kepada sahabat-sahabat semua..level apakah ini?

Silap Hari Bulan, Agong ubah pelan perjalanan di Tawau , habis kalang Kabuto protokol sama entering sebab Jalan Jalan di Tg Batu, ke Merotai ok sudah kah?? Sampai ke Kalabakan?

Disebalik pelbagai komen natizen di media sosial ada pula mengharapkan kebawah Duli Yang Maha Mulia pada saat-saat akhir mengubah laluan perjalanannya dari jalan yang diperbaiki kepada jalan yang lebih serius kerosakan, sebagai mana yang dibuat oleh Presiden Indonesia Joko Wadodo ketika melawat satu daerah tidak menggunakan jalan yang disediakan untuk tujuan lawatan sebaliknya memilih jalan yang lebih terok kerosakannya.

Menurut kebanyakan natizen lawatan ini membuatkan Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri yang bertanggungjawab seperti cacing kepanasan turun padang memantau dan mengarahkan kontrator segera menyiapkanya kalau tidak mereka akan terlena di sofa sahaja bangga dengan wawasan Sabah Maju Jaya.

Tambah mereka jika tidak kerana Yang Dipertua Agung turun padang melawat projek Pan-Borneo ini sudah tentu perjalanan projek ini , lembab dan bergerak seperti kura-kura kerana Menteri yang bertanggung jawab terhadap infrastruktur di Sabah lembab dan jarang melakukan lawatan turun padang bagi memantau kemajuan projek kecuali ada kes-kes yang tertentu dan serius seperti apa yang berlaku di Sandakan apabila pengguna(rakyat) di kawasan itu merunggut minum air mesin ekoran kerosakan loji penapis air di Segaliud Sandakan ,Menterinya turun padang umum kepada media isu tersebut akan selasai dalam masa 3 bulan tapi berbulan bulan juga rakyat Sandakan terus menderita menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih.

“Kita tidak dapat membayangkan apakah perjalanan penyiapan laluan Pan Borneo ini di Sabah, tanpa ada lawatan Yang Dipetuan Agung,” soal seorang natizen.

Menurut mereka ini baru kes lebuh raya Pan Borneo yang bakal dilalui oleh Yang Dipertuan Agung, bagaimana pula halnya jalan-jalan luar bandar yang aktif dengan kerja tampal menampal hari ini tempal esok berlubang yang untung konsesi yang dilantik Kerajaan. Begitu pula jalanraya di kawasan luar bandar, isu bekalan air bersih sebagai contoh di Tuaran kawasan Ketua Menteri sudah berbulan-bulan mengalami masalah gangguan air bersih, masalah bekalan elektrik apakah perlu lagi pemimpin utama negara bermalam di kawasan kawasan yang terlibat untuk merasai kesengsaraan rakyat di negeri ini.

Isu-isu ini sebenarnya perlu ditangani oleh Kerajaan GRS yang sudah mencapai 3 tahun memerintah negeri ini. Rakyat perlukan pembelaan kerajaan ,difahamkan Kerajaan Sabah mempunyai dana lebih dari 6 ballion dan dari jumlah ini sudah tentu rakyat di negeri ini mendambakan infrastruktur asas yang lebih baik dan sempurna untuk kesejahteraan mereka seiring dengan slogan “ Sabah Maju Jaya” yang mereka harapkan adalah nikmat kemajuan yang sebenarnya yang dibawah oleh Kerajaan hari ini, bukanya sekadar slongan untuk diperlekah-lekahkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles