MENUMBOK: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort berharap agar pemimpin pemuda di peringkat cawangan mengambil inisiatif bagi mendekati golongan muda dalam membantu mereka untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan selain menyediakan program yang dekat dengan jiwa golongan itu.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata , golongan muda merupakan aset penting negara yang perlu sentiasa dibimbing dengan cara sesuai dengan kehendak dan gaya hidup masa kini.
Katanya, golongan tersebut senang untuk didekati menerusi program-program yang bersifat santai dan diselangi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang perlu diambil peluang oleh agensi-agensi kerajaan dalam membimbing mereka.
“Sebab itu Pemuda UMNO bahagian Beaufprt mengaturkan program-program kepada mereka ini terutamanya program program yang boleh mengeratkan hubungan silatulrahim dan dapat membentu budaya kerja berpasukan selain dapat mengisi masa terluang mereka dari terjebak dengan gejala negatif,” katanya.
Ak Mohd Yazri berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Seni Suara dan Ketahahan Murai dekat sini baru baru ini.
Pertandingan anjuran Kelab Komuniti Murai Batu Menumbok itu berjaya menarik penyertaan seramai 216 peserta yang datangnya dari Sabah, Labuan Sarawak termasuk negara jiran Brunei Darulsalam.
Menurut Ak Mohd Yazri anak muda juga perlu sedar bahawa dalam menikmati pelbagai aktiviti remaja, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.
Agensi kerajaan badan-badan koprat, NGO dan pertubuhan politik jelasnya boleh berperanan sebagai pihak yang memberi sokongan membabitkan peluang yang mungkin boleh diceburi berdasarkan minat mereka.
“Kita (Pemuda UMNO ) akan bawa lebih banyak program terutamanya program program yang boleh memberi maklumat supaya anak-anak muda tahu bahawa kerajaan sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk mereka berkecimpung “ katanya
Menurut Ak Mohd Yazri sememang dalam Perancangan Pemuda UMNO untuk membawa turun padang pelbagi agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan yang disesuai dengan program seminar atau kursus jangka pandek bagi memberi pendedahan kepada anak muda samada yang ingin berniaga mengusahakan pertanian atau penternakan untuk menjana ekonomi mereka.
“Banyak agensi atau jabatan kerajaan boleh membantu bukan sahaja dari segi kemahiran malah dapat membantu dari segi pinjaman dana yang boleh dimanafaatkan oleh anak muda,” jelas Ak Mohd Yazri.